Pemandu Tuk-tuk muslim di Phnom Penh dan Siem Reap - Nothing to Somethings

Pemandu Tuk-tuk muslim di Phnom Penh dan Siem Reap

Memiliki kenderaan sendiri semasa bercuti adalah idaman semua. Mana tidaknya, dengan adanya kenderaan sendiri anda tidak lagi perlu terkejar-kejar menaiki pengangkutan awam. Selain itu, ianya dapat memberikan keselesaan dan menjimatkan masa.

Namun, seperti kelaziman, untuk mendapatkan pemandu peribadi semasa bercuti bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai faktor dipertimbangkan seperti, murah dan pemandu yang mesra dan sebagainya. 

Bagi membantu anda, berikut saya senaraikan pemandu tuk-tuk di Cambodia yang beragama islam dan boleh berbahasa melayu dengan baik.

Untuk makluman, tuk-tuk ini boleh dinaiki oleh 5 orang penumpang bersaiz kecil. Namun, sekiranya anda membawa beg bersaiz besar, mungkin satu tuk-tuk hanya boleh memuatkan 4 orang sahaja.

Selain daripada menyewa tuk-tuk, anda juga boleh menyewa kereta atau minivan. Mengikut maklumat yang diperolehi, sebahagian daripada mereka menawarkan perkhirmatan sewaan kenderaan tersebut.

Bagi saya, harga yang ditawarkan tidaklah terlalu mahal. Ini kerana, harga yang ditawarkan termasuk pemandu, minyak dan parkir. Sebagai contoh, di Phnom Penh saya telah menyewa tuk-tuk dengan harga USD25/day. Manakala di Siem Reap saya telah menyewa tuk-tuk dengan harga USD15/day  dan percuma unlimited mineral water.

Sunrise di Angkor Wat

Pemandu tuk-tuk di Phnom Penh

Zahri = +855 107 88 460


Pemandu tuk-tuk/ Van/ Kereta di Siem Reap

Nasir = +855 977 256 503/ +855 122 565 03
Salim = +855 789 968 40/ +855 985 718 40
Zakir = +855 938 480 73
Nasri = +855 969 987 679
Maliki = +855 709 029 10/ +855 699 149 58 
Hatie = +855 988 017 87
Ravin = +855 892 859 84

Note: Harga mungkin berbeza mengikut tahun kunjungan anda. Harga diatas adalah bagi tahun 2019. Untuk mendapatkan harga murah, sebelum mencapai persetujuan dengan pemandu anda boleh minta diskaun atau tawar-menawar.
Pemandu Tuk-tuk muslim di Phnom Penh dan Siem Reap Pemandu Tuk-tuk muslim di Phnom Penh dan Siem Reap Reviewed by Lah Mohd on 21:33:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.