Cara masak Kuih Cek Mek Molek - Nothing to Somethings

Cara masak Kuih Cek Mek Molek

Bahan untuk Kuih Cek Mek Molek

  • 400 - 450g ubi keledek (sekitar 2  cawan keledek lenyek)
  • 1 cawan tepung gandum
  • Gula
  • Minyak masak


1- Ubi keledek di rebus hingga empuk (masukkan sedikit garam). Setelah empuk biarkan ubi keledek yang direbus sehingga sejuk dan kemudiaannya di lenyek/ lecek.

2-  Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Adun sehingga adunan boleh dibentuk. (note: Elakkan daripada memasukkan tepung sekaligus bagi mengelakkan adunan menjadi terlalu keras)

3- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Saiznya  bergantung kepada citarasa anda. Leperkan doh yangtelah diasing dan masukkan setengah sudu kecil gula. 
(Note: Sekiranya anda suka manis, anda boleh menambah sukatan gula)

4- Lipat dan gentel doh yang telah dimasukkan gula sehingga menjadi bujur seperti kuih Cek Mek Molek. Ulangi langkah isi sehingga semua doh habis dibentuk. 

5- Goreng dengan menggunakan api yang sederhana sehingga kuning keemasan

Note

- Pastikan ubi keledek sejuk barulah dimasukkan tepung
- Jika adunan masih melekat di tangan, sapukan tangan dengan tepung supaya doh Cek Mek Molek senang dibentuk
- Elakkan daripada makan Kuih Cek Mek Molek selepas diangkat dari dapur. Ini kerana, gula yang panas di dalam kuih Cek Mek Molek mungkin bolh menyebabkan mulut anda melecur. 

Cara masak Kuih Cek Mek Molek Cara masak Kuih Cek Mek Molek Reviewed by Lah Mohd on 13:59:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.