Cara masak Kuih Koci - Nothing to Somethings

Cara masak Kuih Koci

Bahan- Bahan untuk Kuih Koci: 

  • 250 ml atau 1 cawan santan pekat (kalau guna kelapa parut - boleh kisar kelapa parut
  • Beberapa helai daun pandan untuk mendapatkan aroma kuih yang lebih harum)
  • Sedikit garam
  • Pewarna (contoh merah, kuning, pink, hijau)
  • Minyak masak
  • Inti kacang merah atau kacang hijau
  • Daun pisang
  • 300g tepung pulut

Bahan dan cara penyediaan inti kacang merah atau kacang hijau untuk Kuih Koci:

  • 1 keping gula melaka
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit garam
  • Air untuk merebus
  • 1 cawan kacang hijau. (Note: Kacang hijau perlu direndam 3 jam atau lebih dan air perlu digantikan beberapa kali)

1- Rebus kacang hingga empuk. Pastikan air tidak terlalu banyak (dalam 3 cawan). Sesekali anda perlu mengacaunya bagi mengelakkan kacang berkerak di bahagian bawah. 
Air perlu ditambah sekiranya kering sebelum kacang menjadi empuk. 

2- Masukkan gula dan garam. 

3- Kacau dan pastikan gula yang dimasukkan hancur dan inti menjadi pekat dan airnya kering. 

4- Sejukkan dan sedia digunakan. 


Cara Penyediaan Doh Kuih Koci:

1- Masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk. 

2- Masukkan pewarna dan garam ke dalam santan dan kacau rata. 

3- Tuangkan santan ke dalam mangkuk tepung sedikit demi sedikit.

4- Pastikan doh tidak terlalu lembut atau terlalu keras (tidak melekat di tangan).

5- Bulatkan doh dan masukkan inti kacang ke dalamnya. 

6- Bungkus Kuih Koci dengan daun pisang yang disapukan minyak masak untuk mengelakkan Kuih Koci daripada melekat.

7- Kemaskan bungkusan seperti bungkusan nasi lemak. Ulang langkah 1-6 sehingga semua doh habis. 

8- Kukus kuih koci selama 7- 8 minit atau sehingga kuih berkilat.

9- Biarkan kuih sejuk dan hidangkan bersama kopi atau teh panas. 


Selamat Mencuba!!

Cara masak Kuih Koci Cara masak Kuih Koci Reviewed by Lah Mohd on 16:24:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.