Cara beli kereta baru - Nothing to Somethings

Cara beli kereta baru

1-    Tentukan jenis model kenderaan

Bagi memudahkan urusan pembelian, sebelum ke showroom anda dinasihatkan untuk mengenalpasti terlebih dahulu model kenderaan yang di idamkan. Ini kerana, setibanya di showroom anda boleh terus berbincang tentang model kereta idaman anda.

Sebolehnya, sebelum ke showroom lakukan sedikit kajian atau pmbacaan mengenai model atau spesifikasi kenderaan yang dipilih. Ini kerana, ia akan membantu anda semasa di showroom. Selain mendengar penerangan dari wakil jualan, anda juga dapat mengesahkan maklumat dari pmbacaan anda.

 


2-    2- Ke Show Room

Selepas anda mengenalpasti model, anda bolehlah ke showroom terdekat. Semasa di showroom anda dibenarkan untuk pandu uji kenderaan idaman dan melihat secara terperinci di setiap sudut kenderaan.

Semasa di  showroom, anda biasanya akan diterangkan tentang harga, jenis model, tempoh pinjaman dan beberapa perkara berkait dengan urusan pembelian.

Note: Bagi anda yang tidak mahu ke showroom dan mempercayai wakil jualan melalui online, anda boleh berbuat demikian. Dalam hal ini, anda boleh berurusan sepenuhnya melalui call/ whatsapp sahaja.

 

3-    3- Hantar dokumen

Selepas anda bersetuju dengan harga, tempoh pinjaman dan model kereta idaman, anda bolehlah mengemukakan dokumen berkait bagi membolehkan wakil jualan kereta menghantar dokumen tersebut kepada pihak bank bagi tujuan pinjaman. Antara dokumen yang diperlukan untuk proses pinjaman kereta ialah:

a) Salinan IC (depan belakang)

b) Salinan lesen memandu (depan belakang)

c) Slip gaji (3 bulan)

d) Penyata bank (3 bulan)

Dalam hal ini, biasanya wakil jualan kereta akan menghantar dokumen tersebut ke beberapa jenis bank.

  

4-    4- Pengesahan dokumen

Selepas dokumen dihantar, biasanya pihak bank akan menghubungi anda bagi mendapatkan pengesahan. Pada sesi ini, terdapat beberapa soalan yang akan ditanya seperti alamat dan pekerjaan.

 

5-    5- Pilih bank

Selepas beberapa hari dihubungi oleh pihak bank, biasanya anda akan mengetahui keputusan pinjaman. Dalam hal ini, wakil jualan kereta akan menghubungi anda untuk memaklumkan bank manakah yang meluluskan pinjaman dan berapakah kadar interest yang dikenakan.

Sebagai pembeli, anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan kadar interest yang paling rendah.

 

6-    6- Sign agreement

Selepas anda memilih jenis bank untuk pinjaman dan bersetuju dengan jumlah pinjaman, model kenderaan, tempoh pinjaman dan beberapa perkara berkait, anda dikehendaki ke cawangan bank untuk menandatangani perjanjian jual beli kereta.

Dalam hal ini, wakil jualan kereta biasanya akan memaklumkan kepada anda tarikh dan dokumen yang perlu dibawa bersama semasa menandatangai perjanjian.

Note: Mengikut pengalaman peribadi, bagi anda yang mempunyai pinjaman PTPTN, meskipun anda tidak disenarai hitam, anda dikehendaki untuk mengemukan bersama surat pengesahan bayaran dari pihak PTPTN. Surat ini boleh dimohon di cawangan PTPTN terdekat.

 

7-    7- Ambil kereta

Tahniah, anda kini telah memiliki kereta idaman.

Selepas dokumen perjanjian ditandatangai, biasanya dalam tempoh 2 minggu kereta idaman tersedia untuk di ambil di showroom dimana anda berurusan. Sebelum penyerahan kereta dan dokumen berkait, biasanya wakil jualan kereta akan menerangkan sekali lagi tentang bayaran bulanan dan pengendalian kenderaan anda.


Baca juga: Cara servis kereta di pusat servis kereta

 

Note:

Mengikut pengalaman peibadi, sepanjang urusan pembelian saya tidak perlu mengeluarkan apa-apa bayaran memandangkan saya memohon untuk pinjaman penuh tanpa deposit. Namun begitu, sekiranya harga kereta yang dibeli tidak termasuk roadtax dan insuran, sebelum kereta diserahkan, anda terlebih dahulu perlu membuat bayaran. Ini kerana, sebelum anda membawa pulang kereta idaman, kereta anda perlu dilekatkan pelekat insurans dan roadtax.

Bagi  sesetengah kes, harga roadtax dan insuran tahun pertama dimasukkan dalam jumlah pinjaman. Sekiranya, jumlah pinjaman termasuk insurans dan roadtax, maka anda tidak perlu mengeluarkan apa-apa bayaran untuk roadtax dan insuran. Jika tidak, anda perlu mengeluarkan duit poket untuk bayaran insurans dan roadtax sebelum kereta idaman dibawa pulang.

Cara beli kereta baru Cara beli kereta baru Reviewed by Lah Mohd on 13:19:00 Rating: 5

2 comments:

Powered by Blogger.