Cara masukkan artikel ke dalam Mendeley - Nothing to Somethings

Cara masukkan artikel ke dalam Mendeley

Masukkan file/ artikel ke Mendeley?

Menggunakan fungsi "Drag & Drop" merupakan salah satu cara terpantas untuk masukkan  artikel ke dalam Mendeley. Perkara ini perlu dilakukan sebelum artikel anda boleh di cite ke dalam penulisan akademik. 

Meskipun ramai diantara kita telah arif menggunakan fungsi "Drag & Drop", namun masih terdapat satu kesilapan kecil yang  sering diabaikan. Ini menyebabkan citation dan senarai rujukan anda silap. Bagi membantu anda, berikut saya terangkan cara masukkan artikel ke dalam Mendeley. 


Cara masukkan artikel ke dalam Mendeley

1- Buka Mendeley



2- Buka file/ document tempat artikel disimpan



3- Drag & Drop artikel

Untuk lakukan Drag & Drop, anda perlu pilih artikel berkait, klik kiri mouse, Drag & Drop ke dalam Mendeley.



4- Buat semakan

Langkah ke-4 biasanya sering dianggap remeh. Ini akhirnya menyebabkan citation dan senarai rujukan anda salah. Mengikut pemerhatian saya, kesalahan biasanya berlaku disebabkan salah susunan nama, tiada tahun, tajuk bercampur tulisan kecil dan besar, tidak mempunyai volume dan issue atau tidak mempunyai nama journal. Untuk membuat semakan artikel, anda perlu:

i- Klik artikel yang baru dimasukkan ke Mendeley

Memandangkan anda mempunyai banyak artikel, jadi anda perlu lakukannya satu per satu. Klik artikel dan terus ke Langkah ii



ii- Periksa summary artikel

Summary artikel perlu diperiksa bagi memastikan semua maklumat berkait adalah tepat. Ini kerana, ada sesetengah artikel yang dimasukkan mungkin tidak mempunyai maklumat yang tepat yang mana mungkin akan menyebabkan citation anda salah. Contohnya tajuk bercampur huruf besar dan kecil, salah nama penulis dan sebagainya (rujuk gambar). Summary ini berada di sebelah kanan senarai artikel anda. 




iii- Buka Google Scholar

Memandangkan summary artikel di Langkah ii tidak lengkap dan tidak tepat, sebagai alternatif anda boleh menyemaknya malalui Google Scholar. Pada bahagian ini, anda perlu Copy & Paste tajuk artikel ke dalam Search box Google Scholar. Jika anda tidak mahu gunakan kaedah ini, anda boleh lakukan secara manual iaitu dengan merujuk kepada artikel anda. 




iv- Cari tajuk artikel dan klik Cite

Pada bahagian ini beberapa artikel mungkin akan tersenarai. Daripada senarai ini, anda perlu pilih tajuk artikel yang sama dengan artikel anda. Selepas itu anda perlu klik "Cite" (Rujuk gambar). 



v- Pilih format citation yang anda guna 

Selepas anda klik Cite, paparan di bawah akan terhasil. Pilih format yang anda gunakan. Bagi penulisan akademik di Malaysia, format APA biasanya digunakan.



vi- Copy & Paste 

Langkah terakhir anda perlu Copy & Paste semua makumat didalam di Langkah v ke dalam summary artikel di dalam Mendeley (Langkah ii). 


Tahniah, anda telah berjaya masukkan artikel anda ke dalam Mendeley. Selepas ikuti langkah ini, InsyaAllah tiada lagi kesilapan semasa anda membuat citation dan senarai rujukan. 
Cara masukkan artikel ke dalam Mendeley Cara masukkan artikel ke dalam Mendeley Reviewed by Lah Mohd on 15:21:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.