Cara ke UPM dari KTM Serdang - Nothing to Somethings

Cara ke UPM dari KTM Serdang

Ke UPM dari KTM Serdang? 

Bagi pelajar, bakal pelajar dan staff UPM, ke UPM dari KTM Serdang dengan menggunakan pengangkutan awam antara alternatif lain yang boleh digunakan selain daripada menaiki bus UPM. Ini kerana, adakalanya anda perlu menaiki pengangkutan awam ini apabila anda terlepas bas UPM atau terlupa membawa kad matrik dan pas pelajar. Bagi membantu anda, berikut saya kongsikan cara ke UPM dengan menggunakan bas, taksi atau grabcar.

Stesen bas di depan CIMB UPM/ Pejabat POS UPM


Cara ke UPM dari KTM Serdang

1- Bas

Sedia maklum, UPM turut dihubung dengan jaringan laluan bas. Dalam hal ini anda mempunyai dua pilihan sama ada menaiki Bas Selangor atau bas Rapid bernombor T570. Sekiranya anda menaiki Bas Selangor, tiada bayaran dikenakan. Ini kerana bas ini adalah percuma. Manakala, sekiranya anda menaiki bas Rapid T570, tambang RM1 per entry dikenakan. Untuk menaiki bas ini, anda perlu menunggu di stesen bas di sebeleh stesen KTM. 

Kekerapan bas adalah setiap 30 minit. Contoh, 10am, 10.30am, 11am dan seterusnya. Anda boleh turun di depan Fakulti Bahasa Moden atau di hadapan CIMB UPM. Manakala, sebaliknya jika anda ingin ke KTM Serdang. 


2- GrabCar atau Taksi

Selain daripada bas, anda juga boleh menggunakan GrabCar atau taksi. Tambang yang dikenakan adalah sekitar RM10-15 bergantung kepada masa tempahan.
Cara ke UPM dari KTM Serdang Cara ke UPM dari KTM Serdang Reviewed by Lah Mohd on 22:45:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.