Cara ke Kuala Lumpur dari Hat Yai - Nothing to Somethings

Cara ke Kuala Lumpur dari Hat Yai

Hat Yai ke Kuala Lumpur?

Sedia maklum Hat Yai antara lokasi popular bagi kebanyakkan rakyat Malaysia. Sekiranya anda bercuti ke Hat Yai, untuk ke Kuala Lumpur ianya tidaklah susah. Dalam hal ini, anda mempunyai dua pilihan iaitu dengan bus atau train. Bagi membantu anda berikut saya kongsikan caranya.

Stesen Hat Yai

Cara ke Kuala Lumpur dari Hat Yai

1- Bus

Bas merupakan antara pengangkutan awam yang menyediakan perjalanan terus dari Hat Yai ke Kuala Lumpur. Untuk membeli tiket, anda boleh membelinya di travel agent sekitar bandar Hat Yai atau ke terminal bus Hat Yai. Harga yang ditawarkan bermula sekitar THB450 untuk perjalanan sekitar 10 jam. Mengikut pengalaman, bus akan melalui Bukit Kayu Hitam.

Memandangkan anda menggunakan bus yang sama dari Hat Yai ke Kuala Lumpur, semasa di imigresen Thailand anda tidak perlu bawa barang bersama. Dalam hal ini, anda perlu turun dan terus ke imigresen. Selepas dapatkan cop, anda perlu naik semula ke bus yang sama. 

Namun semasa di Imigresen Malaysia, anda perlu bawa bersama semua barangan anda. Perkara ini dilakukan bagi membolehkan bus dan beg anda diperiksa. 

Mengikut pengalaman, memandangkan jumlah pelancong semasa percutian saya tidak ramai, urusan imigresen di kedua-dua negara dapat diselesaikan dalam masa kurang satu jam.


2- Train

Untuk ke Kuala Lumpur dari Hat Yai dengan train, anda boleh dapatkan tiket di stesen terdekat iaitu Hat Yai Junction. Jarak stesen dengan bandar Hat Yai adalah sekitar 10 minit berjalan sahaja.

Dalam hal ini, anda perlu:
1- Naik train dari Hat Yai - Padang Besar (THB50) - berlepas pada 7.30am & 14.00pm
2- Selesaikan urusan imigresen
3- Naik ETS dari padang Besar - Kuala Lumpur (RM76)

Baca juga: Cara ke Hat Yai dari Kuala Lumpur
Cara ke Kuala Lumpur dari Hat Yai Cara ke Kuala Lumpur dari Hat Yai Reviewed by Lah Mohd on 00:22:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.