Cara ke Aranyaprathet dari Poi Pet (Border scammer) - Nothing to Somethings

Cara ke Aranyaprathet dari Poi Pet (Border scammer)

Diketahui umum, Aranyaprathet dan Poi Pet merupakan dua bandar kecil yang terletak di Thailand dan Cambodia. Secara khususnya, Aranyaprathet berada di sebelah Thailand, dan Poi Pet di sebelah Cambodia. Untuk melintasi sempadan Cambodia dan Thailand ini, secara automatik anda akan tiba di kedua-dua bandar ini.

Memandangkan kedua-dua bandar ini terletak jauh dari ibu kota negara masing-masing, maka akan terdapat sedikit unsur scammer semasa anda ingin melintasi kedua-dua negara ini. Ianya sangat berbeza jika dibandingkan semasa berurusan dengan imigresen di lapangan terbang.

Poi Pet Immigration
Imigresen Cambodia di Poi Pet

Diketahui umum sebagai pemegang passport Malaysia, untuk melintasi sempadan negara ini tiada bayaran perlu dilakukan. Namun semasa berurusan dengan imigresen di Poi Pet anda perlu berwaspada dan menyediakan duit kecil untuk diselitkan kepada pegawai imigresen yang bertugas.

Mengikut pengalaman, semasa berada di imigresen Cambodia di Poi Pet, saya telah di arahkan untuk membayar THB100. Apabila ditanya kenapa perlu dibayar THB100 sedangkan pemegang passport Malaysia dikecualikan visa, pegawai bertugas memaklumkan THB100 sebagai kos/bayaran untuk diberi cop keluar. Akur dengan jawapan tersebut, saya terpaksa membayar THB100.

Manakala, apabila anda keluar daripada pejabat imigresen, anda perlu berhati-hati dengan penduduk tempatan. Ini kerana, ketika ini mereka akan menawarkan pelbagai pakej untuk membantu. Dalam hal ini, anda tidak perlu mengambil/menerima sebarang pakej kerana anda hanya perlu berjalan sekitar 200m untuk sampai ke Imigresen Thailand.

Laluan di antara sempadan Cambodia dan Thailand

Semasa di pejabat imigresen Thailand, anda perlu ke laluan warga asing dan dapatkan borang arrival. Isi maklumat yang diperlukan dan terus beratur untuk dapatkan cop masuk. Mengikut pengalaman, proses pemeriksaan passport di imigresen Thailand sangatlah perlahan. Dalam hal ini, saya terpaksa menunggu giliran sekitar 2 jam sebelum tiba kepada giliran saya.

Selepas keluar dari imigresen Thailand, anda boleh meneruskan perjalan dengan mengambil bas ke Bangkok (terminal Mo Chit) atau tuk-tuk untuk ke stesen kereta api Aranyaprathet.
Cara ke Aranyaprathet dari Poi Pet (Border scammer) Cara ke Aranyaprathet dari Poi Pet (Border scammer) Reviewed by Lah Mohd on 21:45:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.