Cara tukar duit termurah - Nothing to Somethings

Cara tukar duit termurah

Dimana ya tempat murah tukar duit?
Berapa kadar tukaran hari ni?
Untung ke tukar hari ni?
Ok ke tukar di sini?

Bagi anda yang ingin ke luar negara, soalan begini sememangnya selalu bermain dikepala. Mahukan nilai termurah adalah sasaran utama memandangkan ianya akan memberi keuntungan. Walaupun bezanya hanya kecil, namum sekiranya jumlah wang yang ditukar adalah besar, anda mungkin akan terkesan. 

Namun, apakah tindakan anda sebelum membuat tukaran? Adakah anda terus ke 'money changer' terdekat?

Sekiranya anda terus ke money changer terdekat, maka anda telah melakukan kesilapan. Tindakan ini akan menyebabkan anda mungkin akan mengalami kerugian.

Contoh tukaran guna Apps Currency

Kenapa saya katakan anda mungkin rugi? Anda mungkin rugi kerana anda tidak menganalisis/ membanding pasaran semasa sebelum melakukan tukaran. 

Secara umumnya:
i- Money changer di pusat bandar KL lebih murah berbanding money changer di pekan kecil.
ii- Money changer di dalam airport lebih mahal berbanding money changer di luar airport.

Memandangkan untuk berkunjung kesemua money changer semata-mata untuk membandingkan harga adalah mustahil, jadi dalam artikel ini saya kongsikan cara mudah untuk bandingkan harga dan dapatkan harga termurah.


Cara tukar duit termurah

1- Semak harga semasa

Untuk membuat semakan harga semasa anda perlu ada apps currency XE. Untuk install apps ini, anda boleh download di playstore.

Apps ini sangat membantu tidak kira semasa anda ingin menukar duit atau berbelanja semasa berada diluar negara. Mana tidaknya, anda tidak lagi perlu membuat congakan/ kira secara manual, tetapi anda hanya perlu masukkan nilai ke dalam apps dan secara automatik, nilai tukaran akan ditunjukkan.

Untuk menggunakan apps ini, caranya cukup mudah iaitu:
i- Install apps
ii- Pilih currency/ matawang negara
iii- Masukkan nilai 
iv- Klik done

2- Tukar duit

Selepas anda membuat semakan di langkah satu, anda perlu ke money changer. Dalam hal ini anda hanya perlu melihat kepada harga 'we sell' (RM ke matawang aisng) atau 'We Buy' (matawang asing ke RM). Bandingkan harga yang ditawar money changer dan harga yang dikira menggunakan apps currency.

Dalam hal ini, anda hanya perlu mencari money changer yang menawarkan harga yang paling hampir dengan harga yang dikira menggunakan apps currency.

Semakin hampir harga yang ditawar dengan harga apps currency, semakin untung tukaran anda.

Selesai, selamat bercuti...
Cara tukar duit termurah Cara tukar duit termurah Reviewed by Lah Mohd on 11:58:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.