Steamboat & BBQ di Red Wok Restaurant, Bangi - Nothing to Somethings

Steamboat & BBQ di Red Wok Restaurant, Bangi

Dengan hanya RM39 (dewasa) anda mampu menikmati puluhan menu menarik di Red Wok restaurant. 

Memandangkan saya penggemar makanan laut, bagi saya, menu paling menarik adalah udang dan ketam. Ini kerana, udang dan ketam yang dihidang Red Wok restaurant bersaiz besar dan segar. Mengikut pengalaman, saiz udang di Red Wok adalah udang yang paling besar pernah saya jumpai sepanjang saya ke restoran steamboat & BBQ.

Red Wok Restaurant
Red Wok Restaurant - Steamboat & BBQ

Untuk menikmati steamboat & BBQ di Red Wok restaurant, anda boleh walk-in atau menempahnya terlebih dahulu. Namun, sekiranya anda dalam kumpulan yang besar, disarankan untuk anda menempahnya terlebih dahulu.

Untuk makluman, Red Wok restaurant mempunyai puluhan meja. Dari meja bersaiz kecil (berdua) hingga lah meja yang boleh memuatkan keluarga besar atau kumpulan besar. Jadi sekiranya anda ingin menyambut hari keluarga atau majlis hari jadi berkonsepkan steambot dan BBQ, anda boleh menyambutnya di sini. 

Bagi anda yang pertama kali ingin ke Red Wok restaurant, anda boleh setkan sahaja waze ke Red Wok restaurant. Restoran ini terletak di Taman Kajang Impian Bandar Baru Bangi. 

Red Wok Restaurant
Udang dan ketam bersaiz besar dan segar

Untuk makluman, restoran ini mempunyai dua bahagian iaitu restoran masakan panas dan steamboat & BBQ.  Dalam hal ini, bahagian steamboat & BBQ dibuka bermula jam 5 petang hingga 12.30 malam sahaja. Meskipun ianya dibuka hingga lewat malam, namun semua menu makanan hanya akan ditambah sehingga jam 10 malam sahaja.

Dari segi parking, anda tidak perlu risau. Ini kerana, di Red Wok restaurant mereka mempunyai ruang parking yang besar dan selesa.

Steamboat & BBQ di Red Wok Restaurant, Bangi Steamboat & BBQ di Red Wok Restaurant, Bangi Reviewed by Lah Mohd on 15:37:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.