Cara beli tiket kapal terbang/ flight Malindo Air secara online - Nothing to Somethings

Cara beli tiket kapal terbang/ flight Malindo Air secara online

1- Buka website Malindo Air & cari penerbangan

Seperti kelaziman, untuk membuat belian secara online, anda perlu layari website Malindo Air. Untuk mencari jadual penerbangan/ flight pula, anda perlu masukkan maklumat perjalanan anda. Contoh maklumat yang diperlukan seperti jenis penerbangan/ flight (sehala atau dua hala), destinasi, tarikh dan bilangan penumpang. 



3- Pilih masa

Selepas jadual penerbangan/ flight dipamerkan , and perlu memilih masa dan jenis penerbangan/ flight yang anda inginkan. Bagi saya, biasanya saya akan memilih masa dan jenis penerbangan/ flight dengan tambang yang paling murah. Selain itu, pada bahagian ini anda perlu memilih sama ada mahukan insuran ataupun tidak.



4- Isi maklumat berkait

Isikan maklumat berkait. Biasanya ana perlu isi nama penumpang, kewarganegaraan dan tarikh lahir. 



5- Addons & seat

Untuk makluman, semua penerbangan/ flight Malindo telah termasuk check-in luggage. Namun sekiranya anda memerlukan saiz yang lebih besar anda boleh membuat belian tambahan pada bahagian ini atau membelinya kemudian sebelum anda check-in online. 



5- Buat bayaran

Bayaran hanya boleh dilakukan mengikut kaedah yang dibenarkan sahaja (debit card, credir card dan online banking). Mengikut pengalaman, saya lebih suka menggunakan online transfer. Dalam hal ini, anda hanya perlu ikuti beberapa langkah mudah sehingga anda berjaya membuat belian tiket. Belian tiket berjaya setelah anda menerima nombor tempahan melalui emel.


Cara beli tiket kapal terbang/ flight Malindo Air secara online Cara beli tiket kapal terbang/ flight Malindo Air secara online Reviewed by Lah Mohd on 00:19:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.