Rantau Panjang, Kawasan bebas cukai - Nothing to Somethings

Rantau Panjang, Kawasan bebas cukai

Sekiranya bercuti ke Kelantan, Rantau Panjang wajib anda lawati. Ini kerana, Rantau Panjang merupakan antara lokasi popular untuk berbelanja selain daripada Pengkalan Kubur. 

Disini anda boleh membeli pelbagai barangan keperluan dengan harga yang cukup murah. Antara barangan yang boleh anda beli seperti:
1- Alatan dapur pelbagai saiz seperti periuk, kuali, set pinggan mangkuk
2- Pakaian kegunaan harian untuk pelbagai peringkat umur
3- Mainan kanak-kanak
4- Pelbagai jenis buah-buahan segar
5- Pakaian dan keperluan untuk aktiviti outdoor
6- Makanan siap proses seperti jeruk buah-buahan
7- Hiasan wanita
8- Kelengkapan bilik tidur seperti cadar, bantal kekabu dan selimut
9- Dan lain-lain keperluan

Dalam erti kata lain, sekiranya anda ke kawasan bebas cukai Rantau Panjang anda boleh membeli semua keperluan harian di dalam satu kawasan sahaja. Sebelum membeli pastikan anda melakukan tawar menawar. 

Untuk ke Rantau Panjang ianya tidak lah susah. Anda boleh setkan sahaja waze atau maps handphone anda ke 'Zon Bebas Cukai Rantau Panjang'. Sekirany anda dari pusat bandar kota Bharu anda hanya perlu memandu sekitar 1 jam sahaja. 

Memandangkan kawasan bebas cukai Rantau Panjang agak panas dengan sinaran mentari, disarankan agar anda mengambil air yang mencukupi. Sekiranya anda kepenatan semasa membeli, anda boleh ke gerai-gerai sekitar. Kebanyakkan menu makanan di sini mengikut citasara Thailand. Antara makanan wajib untuk anda cuba adalah kerabu maggie dan mangga pulut.  

Pilihan barangan di kawasan bebas cukai Rantau Panjang

Dari seri kawasan parking, anda tidak perlu risau. Ini kerana, kawasan yang disediakan cukup untuk menampung jumlah pengunjung (kecuali diwaktu puncak seperti hari raya). 

Untuk makluman, meskipun kawasan ini berstatus bebas cukai, namun di setiap pintu masuk/keluar ke Rantau Panjang terdapat unit kastam. Setiap kenderaan akan diperiksa terutamanya semasa keluar. Dalam hal ini, sekiranya anda membeli barangan dalam kuantiti yang banyak, anda mungkin akan dikenanakn cukai. Namun, sekiranya barangan yang dibeli sedikit, anda akan dilepaskan. 

Rantau Panjang, Kawasan bebas cukai Rantau Panjang, Kawasan bebas cukai Reviewed by Lah Mohd on 02:26:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.