Kopitiam Kita, Kota Bharu - Nothing to Somethings

Kopitiam Kita, Kota Bharu

Pilihan menu yang banyak menjadikan Kopitiam Kita di Kota Bharu satu tarikan pelancongan. Bagi anda yang suka makan, Kopitiam Kita seharusnya menjadi salah satu lokasi wajib untuk dikunjungi sekiranya anda bercuti ke Kota Bharu. 

Untuk ke Kopitiam Kita ianya tidaklah susah. Ini kerana, Kopitiam Kita berada berdekatan dengan pusat tumpuan pelancong iaitu Kota Bharu. Dari Pasar Siti Khadijah, jaraknya hanyalah sekitar 10 minit memandu. Manakala, sekiranya anda menginap di hotel Pasific, jaraknya hanyalah sekitar 5 minit berjalan. Untuk lebih memudahkan perjalanan, anda boleh setkan sahaja Kopitiam Kita di maps atau waze telefon pintar anda. 

Kopitiam Kita

Sekiranya anda kesini, pastikan anda mencuba roti titab. Untuk makluman, roti titab adalah gabungan menu diantara hirisan kepingan roti bakar, kaya dan telur separuh masak. Namun, sekiranya anda tidak gemar menu roti titab, anda boleh mencuba menu lain. Ini kerana terdapat puluhan menu lain yang ditawarkan. 

Selain itu, anda juga boleh mencuba makanan yang mungkin tidak dihidang di kedai lain seperti nasi tumpang. 


Pilihan nasi bungkus dan kuih di Kopitiam Kita

Memandangkan Kopitiam Kita berada di bandar Kota Bharu dan berdekatan dengan lot-lot kedai dan perumahan, maka kawasan parkingnya agak terhad. Ini mungkin akan menyebabkan anda perlu sedikit berjalan sekiranya tidak terdapat parking di kawasan sekitar kedai. 

Kopitiam Kita, Kota Bharu Kopitiam Kita, Kota Bharu Reviewed by Lah Mohd on 22:03:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.