Ikan Celup Tepung Warung Pak Nong, Kuala Terengganu - Nothing to Somethings

Ikan Celup Tepung Warung Pak Nong, Kuala Terengganu

Warung Pak Nong sememangnya popular di Terengganu. Mana tidaknya, warung ini dikunjungi oleh pelanggan dari serata negeri.

Untuk ke Warung Pak Nong ianya tidak lah susah. Ini kerana, dengan memasukkan nama Warung Pak Nong sahaja, secara automatik waze atau google maps anda dapat mengesannya. Secara umumnya, untuk kesini anda akan melalui Kampung Wakaf Tengah dan pantai Mengabang Telipot. Selain itu, dengan kedudukannya di tepi jalan saya percaya anda akan berjaya mencarinya.

Meskipun kedainya hanyalah sebuah warung biasa, namun jumlah pelanggannya sangat ramai. Jumlah kerusi adakalanya tidak mencukupi. Disebabkan ingin merasa hasil tangkapan laut yang segar, ramai pelanggannya sanggup menunggu sehingaga adanya meja kosong atau membelinya untuk dibawa pulang.
Warung Pak Nong
Warung Pak Nong

Untuk makluman, Warung Pak Nong berada kurang 100 meter daripada pantai. Dengan keadaan persekitarannya yang terbuka, anda dapat menikmati hidangan sambil menikmati angin pantai.

Dari segi harga makanan pula, ianya bergantung kepada saiz. Bagi saya ia agak berpatutan memandangkan saiznya besar dan segar. Selain daripada menu utama (sotong, udang, ikan celup tepung), warung Pak Nong turut menyediakan menu ringkas seperti mee goreng dan keropok. Untuk membeli makanan, konsep layan diri diamalkan.

Warung Pak Nong
Bagi anda yang memandu kereta, anda tidak perlu risau tentang parking. Ini kerana, warung Pak Nong berada di tepi jalan yang mana mempunyai banyak kawasan lapang.

Ikan Celup Tepung Warung Pak Nong, Kuala Terengganu Ikan Celup Tepung Warung Pak Nong, Kuala Terengganu Reviewed by Lah Mohd on 21:29:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.