Makanan halal di Ben Thanh Ho Chi Minh - Nothing to Somethings

Makanan halal di Ben Thanh Ho Chi Minh

Seiring dengan perkembangan Ho Chi Minh sebagai pusat tumpuan pelancong muslim, keperluan untuk mendapatkan makanan halal juga meningkat. Dalam hal ini, Ben Thanh merupakan antara kawasan yang popular di Ho Chi Minh memandangkan ia menawarkan pelbagai koleksi barangan untuk pelbagai peringkat umur. Dalam kata lain, Ben Thanh dan kawasan sekitarnya seolah-olah syurga membeli belah.

Antara barangan yang boleh dibeli termasuklah dari koleksi fabrik hinggalah eksesori (handbeg, kasut). Bagi memudahkan anda mendapatkan makanan halal, di sini saya senaraikan beberapa restoran halal di sekitar Ben Thanh. 

Antara menu masakan di restoran sekitar Ben Thanh

Restoran halal di sekitar Ben Thanh Ho Chi Minh:

1- Hajah Basiroh restaurant
2- Kampung Melayu
3- Hj. Osman
4- Hj. Mansour
5- Musa Kareem
6- Kasim Baba's
7- Serai restaurant 

Daripada senarai ini, restoran Kasim Baba's dan Serai terletak di jalan Thui Khao Huan iaitu berdekatan dengan pintu belakang Ben Thanh market (kawasan menjual bunga segar). Manakala lain-lain restoran terletak di jalan Nguyen An Ninh atau lebih dikenali sebagai Malaysia Street. 
Makanan halal di Ben Thanh Ho Chi Minh Makanan halal di Ben Thanh Ho Chi Minh Reviewed by Lah Mohd on 21:33:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.