Cara semak senarai hitam Imigresen untuk keluar negara - Nothing to Somethings

Cara semak senarai hitam Imigresen untuk keluar negara


Ditahan imigresen!!!

Mungkin bunyinya biasa, namum bagi mereka yang pernah alami ianya seperti satu igauan ngeri yang ingin dielakkan. Bayangkan semua persiapan telah diatur dan dirancang rapi, namum semuanya musnah sekelip mata.



Perkara ini mungkin berpunca dari pelbagai faktor, namun dalam hal ini kita mampu untuk mengurangkan risiko tersebut dengan membuat semakan awal. Bagi memudahkan korang untuk membuat semakan senarai hitam imigresen, di sini saya kongsikan caranya. 


Cara semak senarai hitam imigresen untuk ke luar negara

1- Buka website Jabatan Imigresen Malaysia atau klik Semakan Status Perjalanan Imigresen
2- Masukkan 12 digit nombor I/C dan klik semak.

Sekiranya status korang "TIADA HALANGAN" ini bermaksud korang bebas untuk ke luar negara.

Selesai...


Note: Status semakan hanya terpakai pada tarikh semakan sahaja. Dalam hal ini, disarankan untuk korang sentiasa membuat semakan sehingga tarikh penerbangan. 

Cara semak senarai hitam Imigresen untuk keluar negara Cara semak senarai hitam Imigresen untuk keluar negara Reviewed by Lah Mohd on 21:22:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.