Negara yang mewajibkan visa untuk memasuki negara mereka - Nothing to Somethings

Negara yang mewajibkan visa untuk memasuki negara mereka

Visa?

Passport?

Apa beza Visa dan Passport?

Passport merupakan dokumen perjalanan antarabangsa terpenting yang perlu dikemukan sekiranya korang ingin memasuki negara asing. Manakala, visa merupakan dokumen tambahan yang perlu ada bersama-sama dengan passport. Dalam hal ini tidak semua negara mewajibkan pelawat Malaysia memohon visa untuk memasuki negara mereka bagi tujuan lawatan. Hanya beberapa negara sahaja yang mewajibkannya. Antaranya:

1- China
2- Australia 
3- India

Showa Kinen park, Jepun

Namun begitu, bagi sesetengah negara, permohonan visa hanya diwajibkan bagi tempoh lawatan yang lama sahaja (contoh 30, 60 atau 90 hari). Manakala bagi lawatan yang singkat permohonan visa dikecualikan. Antaranya:

1- Indonesia (perlu sekiranya lawatan melebihi 30 hari)
2- New Zealand (perlu sekiranya lawatan melebihi 90 hari)
3- Japan (perlu sekiranya lawatan melebihi 90 hari)
4- Vietnam (perlu sekiranya lawatan melebihi 30 hari)

Memandangkan setiap negara mempunyai peraturan yang berbeza mengenai visa, di sini saya kongsikan pautan untuk korang membuat semakan sama ada tempoh lawatan korang wijib disertakan visa atau sebaliknya. 


Untuk membuat semakan dengan menggunakan pautan ini caranya cukup mudah. Korang hanya perlu masukkan beberapa maklumat seperti maklumat perjalanan dan maklumat passport. Selesai isikan maklumat tik kotak 'Terma & Syarat' dan klik submit. Selepas korang menekan butang submit maklumat berkait keperluan dokumen akan dipaparkan.

Note: Bagi maklumat perjalanan, sekiranya nama negara tidak boleh dimasukkan, korang boleh masukkan nama lapangan terbang negara tersebut.

Negara yang mewajibkan visa untuk memasuki negara mereka Negara yang mewajibkan visa untuk memasuki negara mereka Reviewed by Lah Mohd on 22:51:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.