Cara saya ke North dan South New Zealand 13H12M (Itinerary) - Nothing to Somethings

Cara saya ke North dan South New Zealand 13H12M (Itinerary)

New Zealand!!!!

Wow menariknya. Berapa lama ya masa yang sesuai untuk bercuti di New Zealand?

Bagi saya jawapan untuk berapa lama perlu berada di New Zealand terlalu sukar untuk ditentukan. Mengikut pengalaman, terlalu banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Ini kerana keindahannya boleh dilihat dimana-mana sahaja termasuk di tepi jalan biasa. Bagi anda yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi, seharusnya New Zealand menjadi lokasi wajib yang anda perlu kunjungi.

Lake Waihola
Lake Waihola

Untuk makluman anda, percutian ini saya lakukan pada penghujung musim luruh 2017. Meskipun percutian ini kelihatan agak panjang, namun masih banyak tempat menarik yang tidak sempat saya kunjungi. Secara keseluruhannya saya telah memandu sejauh 3120 km bermula di Auckland dan tamat di Christchurch (rujuk peta di bawah). Pemilihan dan susunan aktiviti ini saya lakukan sendiri berdasarkan kepada maklumat yang dikongsi oleh bloggers atau maklumat di laman rasmi New Zealand. Bagi memudahkan anda menyusun jadual dan mencari idea perjalanan disini saya kongsikan jadual perjalanan saya sebagai rujukan.

Laluan perjalanan di New Zealand


Cara saya ke North dan South New Zealand selama 13H12M

Hari 1 

- Berlepas dari Kuala Lumpur ke Auckland dengan Airasia pada jam 11.55 malam


Hari ke-2

- Layover di Gold Coast sekitar satu jam (semua penumpang perlu turun untuk melalui kawalan keselamatan di Gold Coast dan kembali ke pesawat yang sama - guna nombor kerusi yang sama)
- Tiba di Auckland sekitar jam 5 petang dan terus ke bandar Auckland untuk check-in motel (Untuk ke bandar Auckland anda boleh guna shuttle bas yang tersedia di depan pintu keluar - shuttle bas)
- Menikmati pemandangan malam di bandar Auckland


Hari ke-3

- Check-out motel dan terus ke Jucy Car Rental untuk mengambil kereta (Sebolehnya bergerak awal kerana orang ramai dan peruntukan masa 1-2 jam) - berjalan sekitar 15-20 minit ke depoh sewa kereta
- Ke Hobbiton Movie set 
- Ke Huka Fall
- Check-in holiday park di Taupo

Hobbiton Movie set
Hobbiton Movie Set

Hari ke-4

- Sarapan pagi (masak sendiri)  & sediakan bekal untuk makan tengah hari
- Check-out holiday park dan bergerak ke Wellington. Singgah di beberapa tempat menarik (Desert Road, Ruahine, Hunter Village & banyak lagi)
- Check-in holiday park
- Menikmati suasana bandar Wellington
- Makan malam (masak sendiri)


Hari ke-5

- Check-out holiday park dan bergerak ke terminal feri
- Check-in Bluebridge feri (Perlu dilakukan sekurang-krang 1 jam sebelum berlepas)
- Menikmati suasana pagi di sekitar terminal feri Wellington
- Berlepas ke Picton (perjalanan ke Picton sekitar 3 jam)
- Meneruskan perjalanan ke Moana dan singgah di tempat menarik di sepanjang perjalanan
- Check-in holiday park di Moana
- Makan malam (masak sendiri)

Desert Road
Desert Road

Hari ke-6

- Sarapan pagi (masak sendiri) & sediakan bekal untuk makan tengah hari
- Check-out holiday park dan bergerak ke Tekopa. Singgah di beberapa tempat menarik di sepanjang perjalan cth: Lake Brunner, Death Corner, Punchbowl falls, Lake Pearson & Castle Hill
- Check-in holiday park di Tekapo & makan malam (masak sendiri)


Hari ke-7

- Sarapan pagi (masak sendiri) & sediakan bekal untuk makan tengah hari
- Check-out holiday park dan bergerak ke Church of the Good Shepherd
- Ke Hooker Valley (trek pejalan kaki sekitar 3 jam return)
- Ke Lake Pukaki
- Ke high Country Salmon 
- Check-in holiday park di Wanaka & makan malam (masak sendiri)

Lake Moana
Lake Moana

Hari ke-8

- Sarapan pagi (masak sendiri) & sediakan bekal untuk makan tengah hari
- Check-out holiday park & bergerak ke Wanaka tree, Puzzle World
- Ke Queenstown dan menikmati keindahan bandar di tepi Lake Wakatipu
- Bergerak ke Kingston (sepanjang perjalanan ke Kingston boleh menikmati keindahan tasik Wakatipu yang cantik)
- Ke Garston Honey (wajib beli dan rasa madu. Berbeza dengan rasa madu Malaysia - antara tempat termurah nak beli madu lebah)
- Bergerak ke Te Anau
- Check-in holiday park di Te Anau
- Menikmati keindahan tasik Te Anau & pekan Te Anau (jalan kaki)
- Makan malam (masak sendiri)


Hari ke-9

- Check-out holiday park dan bergerak ke Milford Sound (perjalanan sekitar 2 jam - perlu pastikan minyak penuh sebelum meninggalkan pekan Te Anau)
- Menikmati keindahan kawasan pergunungan dengan menaiki feri
- Bergerak ke Manapouri & singgah di tempat menarik sepanjang perjalanan (The Chasm Falls, Lookout Kea, Mirror Lake & Eglinton valley)
- Check-in holiday park Manapouri & makan malam (masak sendiri)

Hooker Valley
Hooker Valley

Hari ke-10

- Sarapan pagi (masak sendiri) & sediakan bekal untuk makan tengah hari
- Check-out holiday park & bergerak ke Invercargil. Singgah di tempat menarik sepanjang perjalanan (McCracken's lookout, Gemstone beach dan lain-lain)
- Ke Purakaunui fall (trekking 20 minit return)
- Ke Nugget Point Lighthouse
- Ke Lake Waihola (View sunset yang cukup cantik)
- Check-in holiday park di Lake Waihola & makan malam (masak sendiri)


Hari ke-11

- Sarapan pagi (masak sendiri) & sediakan bekal untuk makan tengah hari
- Check-out holiday park & bergerak ke Tunnel Beach
- Ke Dunedin & menikmati keindahan bandar Dunedin
- Ke moeraki Boulders
- Ke Christchurch
- Check-in holiday park
- Menikmati keindahan bandar Christchurch & makan malam (masak sendiri)

Castle Hill
Castle Hill

Hari ke-12

- Sarapan pagi (masak sendiri) & sediakan bekal untuk makan tengah hari
- Bersihkan Campervan & kemas barang
- Check-out holiday park & hantar kereta di Jucy Car Rental Christchurch
- Check-in penerbangan ke Auckland
- Tiba di Auckland dan bergerak dari terminal domestik ke terminal antarabangsa (perlu berjalan sekitar 10-15 minit dengan mengiikut arah yang ditunjukkan di lantai)
- Check-in penerbangan ke Kuala Lumpur 7 berlepas ke Kuala Lumpur
- Layover di Gold coast sekitar 1 jam


Hari ke-13

- Tiba di Malaysia sekitar jam 4 pagi
New Zealand in 5 Minutes

Note: 
1- Mengikut pengalaman, pemandangan di South New Zealand lebih cantik berbanding North New Zealand.
2- Masa/ jam New Zealand adalah 5 jam lebih cepat dari Malaysia
3- Pastikan anda check-in holiday park sebelum 6 petang. Ini kerana kebanyakkan holiday park menutup kaunter apabila matahari terbenam.
4- Masa memandu yang ideal adalah sekiat 2-3 jam sehari.
5- Kad kredit WAJIB ada untuk tujuan menyewa kereta
6- Sekiranya anda ingin menempah kereta/campervan/ motorhome dari syarikat JUCY Car Rental, pastikan anda clik Deals di bahagian Menu untuk lihat tawaran yang ditawarkan. Sekiranya bernasib baik anda dapat menempah kereta/campervan dengan kos NZD1 sehari. 
Cara saya ke North dan South New Zealand 13H12M (Itinerary) Cara saya ke North dan South New Zealand 13H12M (Itinerary) Reviewed by Lah Mohd on 18:27:00 Rating: 5

2 comments:

  1. Min, sepanjang perjalanan tu menginap dalam khemah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya menginap dalam campervan je. Campervan yg saya sewa ada tempat tidur & masak, tapi takde toilet. Jadi sy sewa Holiday park utk jadikan tempat parking untuk bermalam.

      Kat holiday park ni kita blh guna semua facilities yg dia sediakan seperti tandas, bilik mandi/ hot shower, dapur dll

      Delete

Powered by Blogger.