Pengalaman ke Jelita Ostrich Farm, Negeri Sembilan - Nothing to Somethings

Pengalaman ke Jelita Ostrich Farm, Negeri Sembilan


Jelita Ostrich Farm???

Mungkin ramai antara kita yang masih belum mengetahui tentang kewujudan tempat menarik yang dikenali sebagai Jelta Ostrich Farm di Negeri Sembilan.

Memberi makan burung unta

Untuk makluman korang, Jelita Ostrich Farm merupakan sebuah ladang ternakan yang dibuka untuk pelawat dan membenarkan pelawat bergambar, memberi makan dan menunggang burung unta. 

Untuk kesini korang boleh setkan waze ke Jelita Ostrich Farm atau setkan ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan. Ini kerana kawasan Jelita Ostrich Farm terletak bersebelahan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau lebih tepat dalam kawasan yang sama.

Menunggang burung unta

Bagi pelawat dewasa korang akan dikenakan bayaran RM10  seorang. Selepas membuat bayaran korang akan disambut oleh pekerja yang agak ramah. Mereka akan menerangkan serba sedikit tentang ternakan yang terdapat di Jelita Ostrich Farm seperti umur ternakan dan cara penjagaan.

Ruang galeri dan jualan

Selepas melawat ladang korang akan dibawa ke geleri. Disini korang boleh membeli cenderahati berasaskan burung unta seperti sabun, minyak, syampoo, fridge magnet dan keychain. Bagi korang yang ingin merasa daging dan telur burung unta korang boleh membelinya dengan harga RM90/kg (daging) dan RM80 bagi sebiji telur. Kalau korang kreatif, korang boleh simpan kulit telur yang dibeli untuk dijadikan hiasan.


Burung unta jantan memberi amaran untuk tidak mengganggu kawasannya

Selain melawat kawasan Jelita Ostrich Farm, korang juga boleh melawat ke kawasan ladang ternakan lain seperti rusa dan kerbau yang berada di depan Jabatan Perkhidmatan Veterinar. 

Secara purata masa sekitar 60 minit diperlukan untuk menghabiskan keseluruhan masa lawatan.

Pengalaman ke Jelita Ostrich Farm, Negeri Sembilan Pengalaman ke Jelita Ostrich Farm, Negeri Sembilan Reviewed by Lah Mohd on 13:21:00 Rating: 5

2 comments:

  1. Hi bolehkah beli telur ostrich dan hantar ke Sabah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, saya hanya pelawat ke Jelita Ostrich Farm. Untuk tujuan pembelian mungkin boleh contact direct pemilik/ pekerja Jelita Ostrich Farm.

      Delete

Powered by Blogger.