Pengalaman mendaki Gunung Batu Merah, Perak - Nothing to Somethings

Pengalaman mendaki Gunung Batu Merah, Perak


Trip mendaki pertama April 2017.

Jika sebelum ini saya kongsikan pengalaman ke Gunung Chabang, kali ini saya kongsikan pengalaman 2H1M mendaki Gunung Batu Merah.

Gunung Batu Merah
Gunung Batu Merah

Untuk makluman korang, Gunung Batu Merah terletak di daerah Padang Terap, Kedah dan berketinggian 526 meter dari aras laut. Selain itu, gunung ini terletak berhampiran Tasik Pedu dan Gunung Fakir Terbang.

Gunung Batu Merah
Gunung Batu Merah

Untuk kesana korang boleh memandu menghala ke Tasik Pedu atau setkan waze ke "Desa Utara Pedu Lake Resort" (resort yang telah ditutup). Dalam hal ini, korang boleh parkir kereta di kawasan resort ini. Manakala untuk ke puncak, masa sekitar 7 jam diperlukan yang mana korang perlu melalui trek yang agak curam. Selain itu. korang juga perlu melalui trek berbatu dan tanah yang licin. Dalam hal ini, trek dakian boleh dikatogerikan sebagai sukar.

Peserta ke Gunung Batu Merah

Bagi korang yang ingin mendaki, permit tidak diperlukan. Namum, bagi tujuan keselamatan disarankan untuk korang mendaki bersama pemandu arah atau mereka yang arif tentang trek ke puncak. Sekiranya berminat korang boleh gunakan khidmat Paksu (011-5503 1956). Dalam hal ini, PakSu merupakan pemandu arah yang saya gunakan semasa mendaki.

Trek Gunung Batu Merah
Trek ke puncak Gunung Batu Merah

Bagi korang yang ingin bermalam pastikan korang membawa peralatan dan bekalan air yang mencukupi. Ini kerana di kawasan puncak Gunung Batu Merah tidak mempunyai punca air.


Trek Gunung Batu Merah
Trek ke puncak Gunung Batu Merah

Mengikut maklumat yang diperolehi daripada pemandu arah, trek ke puncak Gunung Batu Merah masih baru dan belum ramai yang mendakinya. Dalam hal ini, kami merupakan antara pendaki awal yang menggunakan trek tersebut.

Trek Gunung Batu Merah
Trek ke puncak Gunung Batu Merah

Meskipun matlamat kami adalah untuk melihat matahari terbenam di puncak Gunung Batu Merah, namun memandangkan hari hujan, kami tidak berpeluang untuk melihatnya. Meskipun begitu, kami berpeluang untuk menikmati suasana pagi yang tenang berlatar belakangkan tasik, gunung dan awan.

Pengalaman mendaki Gunung Batu Merah, Perak Pengalaman mendaki Gunung Batu Merah, Perak Reviewed by Lah Mohd on 08:30:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.