Cara saya ke Gunung Chabang - Nothing to Somethings

Cara saya ke Gunung Chabang

Trip mendaki pertama March 2017.

Seperti kebiasaan, kalau tidak bekerja semestiya mendaki akan menjadi pilihan saya. Untuk trip kali ni saya mengikut trip ke Gunung Chabang yang di anjurkan oleh kelab Insight Green. Harga yang dikenakan adalah RM50 yang merangkumi permit dan pemandu arah.

Bergambar kenangan sebelum mendaki

Untuk makluman korang, untuk ke Gunung Chabang korang perlu memandu menuju ke Kg Pos Slim yang berada berdekatan dengan Cameron Highlands. Setibanya di lokasi, korang boleh parkir kereta di kawasan perkampungan orang asli. Kawasan parkir ini adalah berbayar dan harganya berbeza-beza mengikut pertimbanagn Tok Batin. Semasa kujungan saya, harga yang dikenakan adalah RM25 bagi sebuah kereta.

Gunung Chabang
Kawasan parkir Gunung Chabang

Memandangkan trip dakian ini adalah "daytrip" jadi saya telah di beritahu oleh ketua pendaki untuk berkumpul di Kg Pos Slim seawal jam 7 pagi. Ini bagi membolehkan dakian boleh dilakukan seawal yang mungkin memandangkan kami perlu turun dari gunung sebelum malam. Seperti kebiasaan, semasa berkumpul ketua pendaki telah memberikan sedikit taklimat berkenaan dakian kepada semua pendaki.

Gunung Chabang
Trek ke Gunung Chabang

Tepat jam 8 pagi kami memulakan langkah ke Gunung Chabang. Kawasan pertama yang kami perlu lalui adalah perkampungan orang asli dengan jarak sekitar 10 minit berjalan. Selepas melalui perkampungan orang asli kami terpaksa melalui kebun yang di usahakan oleh penduduk kampung.
Cara ke Gunung Chabang/ cabang
Gunung Chabang   Gunung Chabang
Trek ke Gunung Chabang 

Boleh dikatakan trek dakian 80% adalah mendaki. Lebih kurang 30 minit mendaki salah seorang peserta mengalami sakit kaki. Ini menyebabkan perjalanan ke puncak menjadi sedikit perlahan. Setelah hampir 2 jam berjalan, kami tiba di kawasan rehat pertama. Di sini kami berhenti untuk makan pagi memandangkan kawasan ini ada punca air. 

Oleh kerana setiap peserta mempunyai stamina yang berbeza,di sini kumpulan dakian telah di pecahkan kepada 3 kumpulan. Bagi mereka yang kuat mereka boleh menyertai kumpulan pertama dan bagi mereka yang lemah mereka akan menyertai kumpulan ke tiga. 

Selepas berehat kami meneruskan perjalanan. Trek kali ini semakin mencabar. Dalam hal ini, korang perlu melalui laluan pohon buluh dan trek yang semakin curam. Sepanjang perjalanan kami kerap berhenti untuk melepaskan lelah. Seperti kebiasaan, setiap lokasi behenti akan dijadikan masa untuk kami bergambar.

Gunung Chabang
Gunung Chabang

Tepat jam 12.15 kami tiba di kawasan rehat kedua. Kawasan ini merupakan kawasan punca air terakhir yang kami temui sebelum ke puncak. Di sini kami berhenti sekitar 15 minit untuk menambah tenaga. Selepas semuanya kelihatan bertenaga, kami menyambung semula perjalanan ke puncak. Semasa dalam perjalanan, tanpa diduga hujan telah turun membasahi bumi. Walaupun hujan, kami meneruskan juga perjalanan ke puncak.

Gunung Chabang
Gunung Chabang

Sekitar jam 1.30 petang kami tiba di puncak Botak. Disebaban oleh hujan, keadaan di puncak Botak agak berkabus. Selepas berehat untuk beberapa ketika kami meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Chabang. Semasa dalam perjalanan ke puncak hujan turun semakin lebat. Dalam hal ini, keadaan trek menjadi semakin licin dan sukar. 

Gunung Chabang
Gunung Chabang

Akhirnya, sekitar 2,45 petang kami tiba di puncak Gunung Chabang yang berketinggian 1711 meter dari paras laut. Semasa di puncak sekali lagi kami membuka bekal makanan yang dibawa. Selepas selesai bergambar kenangan dan berehat, sekitar jam 4.30 kami memulakan langkan untuk turun.

Gunung Chabang
Gunung Chabang

Semasa dalam perjalanan turun sekali lagi kami berhenti di puncak Botak untuk bergambar. Pada kali kami bernasib baik kerana kabus yang tadinya tebal telah hilang. Kali ini kami berpeluang untuk melihat keindahan gunung ganang dari puncak Botak. Untuk makluman korang, dari puncak Gunung Chabang ke puncak Botak korang perlu berjalan sekitar 1 jam.

Gunung Chabang
Perjalanan turun 

Disebabkan keadaan trek yang licin, perjalanan turun kami menjadi semakin perlahan. Sedikit kesilapan boleh menyebabkan kami jatuh. Namun, memandangkan hari semakin gelap kami terpaksa juga melangkah dengan lebih pantas dan mengurangkan masa berhenti. Ini bagi membolehkan kami sampai ke kawasan parkir tidak terlalu lewat. Sekitar jam 11.00 kami tiba di kawasan parkir dengan keadaan semua peserta selamat.
Cara saya ke Gunung Chabang Cara saya ke Gunung Chabang Reviewed by Lah Mohd on 18:14:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.