Cara saya ke air terjun Lepoh (Lepoh Waterfall), Hulu Langat - Nothing to Somethings

Cara saya ke air terjun Lepoh (Lepoh Waterfall), Hulu Langat

Trip santai March 2017.

Trip yang langsung tidak dirancang. Keputusan untuk ke air terjun Lepoh hanya saya buat pada malam sebelum ke sana. Meskipun maklumat yang ada cukup terhad, saya dan 4 rakan tetap menjayakannya.

Air terjun Lepoh
Air terjun Lepoh

Untuk makluman korang, untuk ke air terjun Lepoh ianya cukup mudah. Korang hanya perlu setkan waze menghala ke "Asli Adventure Camp". Sekiranya korang dari Serdang, jarak ke sana hanya sekitar 1 jam memandu. Bagi korang yang tidak sempat untuk bersarapan korang boleh dapatkan sarapan pagi di kedai sekitar laluan kesana. Harga yang ditawarkan agak murah.

Air terjun lepoh
Air terjun Lepoh

Setibanya di sana korang boleh parkir di sekitar pintu masuk "Asli adventure Camp". Bagi setiap kereta, korang akan dikenakan bayaran RM5. Untuk makluman korang, untuk parkir tiada kawasan khusus disediakan. Korang boleh parkir di tepi jalan sekitar pintu masuk ke 'Asli Adventure Camp'. Sebelum memulakan trek ke air terjun Lepoh korang perlu menulis nama di buku rekod yang disediakan. Buku rekod ini korang boleh jumpa di kedai runcit yang paling hampir dengan kawasan parkir.

Mengikut pengalaman, sebelum memulakan trek ke air terjun Lepoh penjaga parkir akan menasihatkan korang untuk memakai pakaian yang sesuai. Untuk makluman korang, laluan ke air terjun cukup senang. Dalam hal ini, korang hanya perlu mengikut laluan tanah dan laluan bersimen. Sekiranya korang terjumpa laluan yang bersimpang, korang perlu utamakan laluan yang tanahnya kelihatan jelas (kurang rumput dan daun). Selain itu, bagi memastikan korang berada di laluan yang betul, korang boleh berpandukan kepada tanda yang dibuat. Tanda ini adalah berbentuk lilitan plastik yang dibuat di batang pokok.

Air terjun lepoh
Trek ke air terjun Lepoh

Sebagai petunjuk, sepanjang laluan ke air terjun korang akan melalui 2 jambatan kayu, kebun buah, pokok buluh, kebun getah, paip air lama dan pondok usang. Selepas melalui pondok usang, korang akan sampai ke air terjun Lepoh. 

Air terjun lepoh
Trek ke air terjun Lepoh

Untuk sampai ke air terjun Lepoh korang perlu berjalan sekitar 1-2 jam. Dalam hal ini, kebanyakkan laluannya adalah mendatar kecuali satu kawasan berbukit. Bagi kawasan berbukit, korang perlu mendaki dengan kecerunan sekitar 45 darjah dengan melalui trek yang dipenuhi dengan akar pokok.

Untuk makluman korang, air terjun Lepoh cukup cantik. Kawasannya masih terpelihara dan tidak ramai pengunjung. Airnya jernih dan udaranya cukup nyaman. Semasa turun ke air korang akan disambut oleh gigitan manja anak-anak ikan. Untuk makluman korang, anak-anak ikan ini akan lebih menghampiri korang sekiranya korang mempunyai makanan.

Air terjun lepoh

Bagi korang yang mempunyai anak kecil, melakukan trekking ke air terjun Lepoh adalah tidak digalakkan. Namun begitu, korang boleh membawa mereka mandi di kawasan riadah yang disediakan yang berada di sekitar kawasan parkir. Untuk makluman korang, disini juga turut terdapat resort/chalet untuk korang menginap.

Cara saya ke air terjun Lepoh (Lepoh Waterfall), Hulu Langat Cara saya ke air terjun Lepoh (Lepoh Waterfall), Hulu Langat Reviewed by Lah Mohd on 16:11:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.