Cara ke Pulau Perhentian dari Kota Bharu - Nothing to Somethings

Cara ke Pulau Perhentian dari Kota Bharu

Ke Pulau Perhentian dari Kota Bharu?

Bagi anda yang merancang percutian ke Pulau Perhentian melalui jalan udara, Kota Bharu atau Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra amnya semestinya menjadi lokasi pendaratan. Ini kerana, secaranya geografinya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra merupakan lapangan terbang terdekat dengan jeti ke Pulau Perhentian meskipun Pulau Perhentian berada dalam negeri Terengganu. 

Secara kasar, jarak diantara Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dengan jeti Kuala Besut (jeti ke Pulau Perhentian) adalah sekitar 58km atau 1 jam 10 minit memandu. Manakala, sekiranya anda menggunakan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu anda perlu menaiki kereta atau bas sejauh 97km atau 1 jam  37 minit ke jeti Kuala Besut. Bagi membantu anda merancang percutian ke Pulau Perhentian melalui Kota Bharu, berikut saya kongsikan caranya.

Perhentian
Pulau Perhentian


Cara ke Pulau Perhentian dari Kota Bharu

1- Taksi

Sedia maklum, perkhidmatan taksi merupakan perkhidmatan awam yang sentiasa tersedia terutamanya di lapangan terbang. Ini termasuklah di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu. Dalam kata lain, selagi lapangan terbang tidak menutup oparasi harian, selagi itulah anda boleh menggunakan perkhidmatan taksi. 

Untuk makluman, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra tidak beroperasi 24 jam. Ianya hanyalah beroperasi diantara jam 5 pagi hingga jam 11 malam sahaja iaitu bermula daripada pendaratan/ perlepasan pertama sehinggalah pendaratan/ perlepasan terakhir. 

Bagi anda yang merancang untuk menaiki taksi ke Pulau Perhentian, anda boleh berbuat demikian dengan terus ke taksi yang tersedia dihadapan lapangan terbang. Harganya mungkin berbeza mengikut laluan perjalanan yang digunakan.


2- Bas

Bas merupakan pengangkutan awam termurah untuk menghubungkan diantara Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu dengan jeti ke Pulau Perhentian di Kuala Besut. Meskipun menjimatkan kos, namun anda perlu korbankan masa yang agak lama bagi perjalanan dari lapangan terbang ke Jeti Kuala Besut. Ini kerana, tidak terdapat laluan terus bas dari lapangan terbang ke Kuala Besut.

Dalam hal ini anda perlu menaiki 2 bas yang berbeza iaitu laluan lapangan terbang ke bandar Kota Bharu dan seterusnya menaiki bas laluan Kota Bharu ke Kuala Besut. Setibanya di stesen bas Kuala Besut anda perlu berjalan sekitar 10 minit ke jeti Kuala Besut.

Meskipun perjalannya agak lama, namun ianya berbaloi sekiranya anda turut merancang untuk bercuti di bandar Kota Bharu. Ini kerana, dalam satu tempoh percutian anda boleh melawat dua destinasi yang berbeza. 


3- Grab

Bagi anda yang mempunyai telefon pintar, anda mempunyai kelebihan untuk menggunakan perkhidmatan Grab. Harganya adalah lebih murah jika dibandingkan dengan taksi selain ianya lebih selesa. Namun bagi perjalanan dari Kuala Besut ke lapangan terbang, perkhidmatan Grab mungkin sedikit sukar untuk diperolehi. Ini kerana, dengan kedudukan Kuala Besut yang jauh dari bandar utama ia menjadikan Kuala Besut kurang popular dalam kalangan penyedia perkhidmatan Grab.
Cara ke Pulau Perhentian dari Kota Bharu Cara ke Pulau Perhentian dari Kota Bharu Reviewed by Lah Mohd on 12:10:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.