Salah kongsi, bahaya menanti. 3 Kesilapan yang sering dilakukan semasa bercuti - Nothing to Somethings

Salah kongsi, bahaya menanti. 3 Kesilapan yang sering dilakukan semasa bercuti

Bercuti!

Istilah bercuti bukan lagi sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat kita. Setiap hari mungkin ada sahaja di antara kenalan atau ahli di dalam kumpulan media sosial (contoh: Facebook, Instagram, twitter) yang mengemaskini status percutian mereka. Status ini mungkin berbentuk tiket, penginapanan mahupun gambar semasa bercuti. 

Namun, adakah kita sedar bahawa tindakan kita mengemaskini status di media sosial boleh menyebabkan kita menjadi mangsa. Ini kerana, dengan mengemaskini maklumat percutian, ia secara tidak langsung telah mendedahkan identiti dan lokasi percutian kita kepada penjenayah. Daripada keseluruhan senarai kenalan di group media sosial, saya percaya anda mungkin langsung tidak mengenali kenalan alam maya anda.

Shibazakura, Jepun

Terlalu ghairah untuk/semasa bercuti mungkin penyebabkan anda lupa bahawa maklumat percutian anda telah didedahkan kepada pihak ketiga. Dalam hal ini, status percutian yang dikongsi mungkin biasa di mata anda, tetapi tidak dimata penjenayah. Dengan adanya maklumat seperti ini, ia mungkin akan mendorong penjenayah untuk merancang aktiviti mereka. 

Antara status media sosial yang biasa digunakan tanpa anda sedar anda telah mendedahkan maklumat percutian adalah seperti:
1- OK ke itinerary saya? (Itinerary di upload bersama)
2- Saya dah beli tiket ke XXXX, ada ke yang nak follow (Ringkasan tiket di upload bersama)
3- Alhamdulillah, dah selamat sampai (Lokasi penginapan didedahkan bersama)
4- Flight XXXX tengah promosi, saya dah beli (Ringkasan tiket di upload bersama)


Maklumat yang sering dikongsi di media sosial adalah

1- Ringkasan tiket 

Sedia maklum, tiket memaparkan kesuluruhan butiran perjalanan anda. Dalam hal ini, semasa memuat naik status di media sosial, kebiasannya anda hanya menutup nama dan kod bar tempahan sahaja. Maklumat lain dipamerkan seperti biasa. Contoh, tarikh, nombor penerbangan, destinasi dan masa penerbangan anda. 

Contoh ringkasan penerbangan

Namun, adakah anda sedar, dengan hanyamenutup nama dan kod bar tempahan sahaja ianya tidak memcukupi. Ini kerana, penjenayah masih mempunyai maklumat penting perjalanan anda. Dengan menggunakan maklumat ini, anda mungkin akan menjadi sasaran penjenayah bermula dari anda jejakkan kaki di lokasi percutian sehinggalah anda meninggalkan kawasan tersebut. Mana tidaknya mereka tahu bila anda tiba dan akan pulang. 


2- Maklumat hotel

Maklumat hotel biasanya didedahkan dengan menggunakan fungsi check-in di media sosial. Namun, bagi sesetengah kes maklumat hotel didedahkan kepada pihak ketiga melalui status bergambar ataupun pertanyaan. 

Meskipun niat anda hanyalah untuk mengemukakan pertanyaan atau untuk memaklumkan kepada keluarga atau kenalan bahawa anda telah selamat tiba di lokasi dituju, namun status ini secara tidak langsung telah mendedahkan anda kepada bahaya sepanjang anda menginap hotel tersebut. 


3- Itinerary 

Sedia maklum, itinerary merupakan ringkasan destinasi lawatan anda. Hilang itinerary, maka hilanglah hala tuju percutian anda. Mana tidaknya, bagi sesetengah individu mereka bergantung penuh kepada itinerary. 

Meskipun itinerary tidak mempunyai spesifikasi atau templete yang khusus, namun ramai diantara kita masih mengemukakan pertanyaan sama ada itinerary mereka OK atau tidak. Dalam hal ini, jika anda tahu apa yang anda inginkan semasa bercuti, maka itinerary anda dikira sebagai menarik. Ini kerana, setiap individu mempunyai minat yang berbeza.

Namun, sedarkah anda, dengan mengemukan pertanyaan di media sosial dan memuat naik cadangan itinerary, sebenarnya mendedahkan anda kepada bahaya. Ini kerana, penjenayah tahu keseluruhan aktiviti anda semasa bercuti.
Salah kongsi, bahaya menanti. 3 Kesilapan yang sering dilakukan semasa bercuti Salah kongsi, bahaya menanti. 3 Kesilapan yang sering dilakukan semasa bercuti Reviewed by Lah Mohd on 14:30:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.