Udang Viral RM10 di Penarik, Terengganu - Nothing to Somethings

Udang Viral RM10 di Penarik, Terengganu

Udang Viral?

Sedia maklum, udang celup tepung di Penarik Terengganu Viral kerana harganya yang murah. Dengan harga RM10 anda ditawarkan sehingga 45 ekor udang siap masak.

Bagi anda yang merancang untuk ke sini, ianya tidaklah susah. Ini kerana, jika anda dari Kuala Terenganu anda perlu memandu sekitar 1 jam sahaja ke Penarik dengan melalui jalan pantai. Manakala, sekiranya anda dari Kuala Besut ( atau Jeti ke Pulau Perhentian), anda perlu memandu sekitar 50 minit sahaja.

Manakala, bagi anda yang tidak mempunyai kereta pula, anda boleh ke Penarik dengan menaiki bas. Dalam hal ini, anda perlu dapatkan tiket ke terminal Kuala Terengganu atau Kuala Besut. Dari terminal ini, anda perlu dapatkan local bas yang menghubungkan antara Kuala Besut-Kuala Terengganu (atau Kuala Terengganu - Kuala Besut). Contoh, sekiranya tiket anda ke Kuala Besut, setibanya di Kuala Besut anda perlu dapatkan local bus ke Kuala Terengganu. Sekiranya anda tidak pasti dengan lokasi untuk turun, anda boleh maklumkan kepada pemandu bas.

Udang celup tepung 

Untuk makluman anda, kedai 'Udang Viral' ini berada di sepanjang jalan di Penarik. Dalam hal ini, puluhan kedai menawarkan harga yang hampir sama. Jadi sekiranya anda ingin mendapatkan harga termurah dan kedai yang selesa yang mana berada di gigi pantai, anda boleh memandu dahulu di sepanjang jalan ini dan kemudiannya berpatah balik. Secara kasar, pantai ini mempunyai panjang sekitar 4km atau 5 minit memandu  

Dari segi harga, ianya berbeza-beza bergantung kepada saiz udang. Secara umumnya, 'Udang Viral' bagi gred biasa dijual dengan harga: 
1- RM10 = 45 ekor udang
2- RM10 = 40 ekor udang
3- RM5 = 20 ekor udang

Note:
Selain daripada Pantai Penarik, kini udang Viral boleh didapati di beberapa lokasi di sepanjang laluan diantara Kuala Besut ke Kuala Terengganu melalui jalan pantai. 
Udang Viral RM10 di Penarik, Terengganu Udang Viral RM10 di Penarik, Terengganu Reviewed by Lah Mohd on 00:47:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.