Restaurant halal di Krabi - Nothing to Somethings

Restaurant halal di Krabi

Restaurant halal di Ao Nang Krabi?

Seperti kebanyakkan tempat menarik lain di Thailand (contoh, Bangkok, Hat Yai, Aranyaprathet), di Krabi juga turut terdapat komuniti islam. Jadi untuk mendapatkan makanan halal ianya bukanlah suatu yang sukar. Diantara deretan kedai di sekitar pantai Ao Nang, pasti terselit beberapa restaurant halal. Restaurant ini diusahakan oleh warga ataupun penduduk setempat.

Bamboo Island, Krabi

Namun, sekiranya anda tidak yakin dengan restaurant halal yang berada di sekitar pantai Ao Nang, anda boleh ke restaurant halal yang berada di sekitar Masjid Ao Nang. Dari pantai Ao Nang, anda hanya perlu berjalan sekitar 10-15 minit sahaja bergantung kepada kelajuan kaki anda. Dari segi nama restaurant, rasanya tidak perlu saya senaraikan. Ini kerana, di sini banyak restaurant halal yang bakal anda temui. 

Masjid Ao Nang Al- Munuawarah

Bagi anda yang mempunyai anak kecil, anda tidak perlu risau sekiranya perlu berjalan jauh. Ini kerana laluan pejalan kaki mesra stroller disediakan di kedua-dua bahu jalan. Dengan laluan yang luas, saya percaya anda boleh berjalan dengan selesa tanpa berlanggar bahu dengan pelancong lain.

Manakala, sekiranya anda berjalan di malam hari di depan Masjid Ao Nang, anda akan menemui beberapa khemah/kedai yang menjual beraneka jenis makanan. Antaranya, nasi kerabu, pulut mangga, somtam, ayam koreng, burger dan sebagainya.

Selain itu, di hadapan masjid ini juga terdapat pasar malam yang menjual pelbagai jenis cenderahati. Bagi saya harga yang ditawarkan lebih murah berbanding deretan kedai di tepi pantai Ao Nang.

Baca juga: Cara mudah cari restaurant halal diluar negara
Restaurant halal di Krabi Restaurant halal di Krabi Reviewed by Lah Mohd on 23:44:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.