Cara ke Bangkok dari Krabi - Nothing to Somethings

Cara ke Bangkok dari Krabi

Cara ke Bangkok dari Krabi?

Bagi anda yang merancang untuk melakukan road trip di Thailand, Krabi dan Bangkok mungkin akan tersenarai dalam itinerary. Namun, bagaimanakah caranya untuk anda menghubungkan kedua-dua pusat tarikan pelancongan ini. Persoalan ini biasanya akan menjadi delema kepada mereka yang merancang.  

Bagi membantu anda membuat keputusan, dalam artikel ini saya akan kongsikan tiga cara ke Bangkok dari Krabi iaitu dengan menggunakan bas, kapal terbang dan kereta api.

Phi Phi Island
Phi Phi Island

Cara ke Bangkok dari Krabi

1- Kapal Terbang

Menggunakan kapal terbang merupakan cara terpantas untuk menghubungkan antara Krabi dan Bangkok. Dalam hal ini, anda hanya perlu luangkan masa sekitar 1 jam 30 minit sahaja. Untuk makluman anda, lapangan terbang terdekat yang boleh anda gunakan ialah Krabi Airport. Dari segi harga ianya berbeza-beza bergantung kepada musim. Adakalanya ianya lebih murah daripada bas dan kereta api. Sekiranya anda ingin menggunakan kapal terbang, saya sarankan anda untuk melakukan tempahan awal. 


2- Bas

Selain daripada kapal terbang, untuk ke Bangkok dari Krabi, anda boleh menaiki bas.  Dalam hal ini, bas akan berlepas dari terminal bas Krabi dan ke Southern bus Terminal di Bangkok. Harga yang ditawarkan bermula sekitar THB637 sehala dengan perjalanan  sekitar 13 jam. Meskipun perjalanan agak lama, anda tidak perlu risau. Ini kerana, mengikut pengalaman saya bas mempunyai kemudahan tandas dan anda akan diberikan selimut dan satu set makanan ringan. 


3- Kereta Api

Bagi anda yang inginkan sedikit kelainan, untuk ke Bangkok dari Krabi anda boleh menaiki kereta api. Dalam hal ini, untuk menaiki kereta api ke Bangkok anda perlu menaikinya di stesen Surat Tani. Dalam kata lain, dari Krabi anda perlu menaiki bus selama 3 jam ke Surat Tani dan meneruskan perjalanan ke Bangkok dengan kereta api selama 12 jam.  Dari segi harga kereta api ianya berbeza-beza mengikut class kerusi anda. Secara umumnya harga tiket kereta api bermula sekitar THB758 untuk kerusi class 2 dengan kipas.
Cara ke Bangkok dari Krabi Cara ke Bangkok dari Krabi Reviewed by Lah Mohd on 23:34:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.