Kemudahan di TBS (Terminal Bersepadu Selatan) - Nothing to Somethings

Kemudahan di TBS (Terminal Bersepadu Selatan)

Sedia maklum, Terminal Bersepadu Selatan atau TBS merupakan hub pengangkutan darat di semenanjung Malaysia. Dalam kata lain, TBS menyediakan kemudahan untuk membeli tiket kemana-mana destinasi di semenanjung Malaysia di bawah satu bumbung.

Selain itu juga, TBS menyediakan kemudahan untuk membeli tiket bas ke negara yang bersempadan dengan Malaysia iaitu Singapore dan Thailand. 

Memandangkan TBS turut dihubung dengan KTM, ERL dan monorel, ini secara tidak langsung memudahkan anda untuk ke destinasi menarik di sekitar Kuala Lumpur. Bagi anda yang transit di TBS dan mempunyai beg bersaiz besar, anda boleh menyimpan beg anda di loker yang disediakan. Kedudukan loker ini berada berhadapan dengan balai polis di dalam TBS. 

Loker menimpan barang di TBS
Manakala, bagi anda yang baru tiba di KLIA/ KLIA2 dan ingin ke TBS, ianya tidaklah susah. Ini kerana, dari KLIA/ KLIA 2 anda boleh ke TBS dengan menggunakan bas atau ERL sahaja. Kedua-dua kemudahan ini ada disediakan di dalam bangunan KLIA/KLIA 2. 

Ruang menunggu di balai berlepas TBS

Antara kemudahan yang terdapat di TBS adalah seperti:

1- Lobi ketibaan dan berlepas yang selesa
2- Kaunter tiket pelbagai lokasi - puluhan kaunter tiket disediakan
3- Lobi mengambil dan menghantar penumpang
4- Restoran/ Kedai makan
5- Lot-lot kedai
6- Money changer
7- Balai polis
9- Pejabat PTPTN
10- Ruang parking berbumbung
11- Loker menyimpan barang
12- ATM
13- Surau
14- Dan lain-lain kemudahan

Untuk makluman, kemudahan di TBS adalah mesra pengguna. Jadi anda tidak perlu risau sekiranya perlu membawa stroller anak. 

Memandangkan TBS beroperasi 24 jam, maka sesetengah kedai di dalam TBS juga menjalankan operasi perniagaan mereka selama 24 jam. Jadi sekiranya anda tiba di awal pagi dan memerlukan makanan atau keperluan diri anda boleh mendapatkannya di TBS. 

Kemudahan di TBS (Terminal Bersepadu Selatan) Kemudahan di TBS (Terminal Bersepadu Selatan) Reviewed by Lah Mohd on 12:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.