Dulang Shell Out di Kuala Lumpur - Nothing to Somethings

Dulang Shell Out di Kuala Lumpur

Secara ringkasnya Dulang Shell out terletak di Medan Selera Bandar Sri Permaisuri,  Kuala Lumpur.  

Meskipun namanya Dulang Shell out, namun anda boleh membuat pilihan sama ada untuk dihidang di dalam dulang atau di atas plastik. Bagi saya, hidangan di atas plastik menjadi pilihan memandangkan saya mempunyai ruang yang besar semasa makan. 

Shell out Dulang Set B
Dari segi harga, Dulang Shell out menawarkan harga seperti berikut:
1- Set A - RM29 - Boleh dimakan berdua. 
2- Set B - RM49 - Boleh dimakan 3 orang
3- Set C - RM79 - Boleh dimakan 4-5 orang
4- Set D - RM129 - Boleh dimakan 6-7 orang

Antara makanan laut yang digunakan dalam hidangan adalah seperti kerang, lala/ kepah, pepahat buloh, udang, sotong, ketam. Dari segi pilihan masakan pula, anda dikehendaki untuk memilih 2 daripada 3 jenis masakan iaitu buttermilk, kari atau 3 rasa. Namun, mengikut pengalaman, saya lebih suka hidangan saya di masak buttermilk dan 3 rasa memandangkan saya tidak suka masakan yang pedas. 

Untuk makluman, air diberikan secara percuma kepada pelanggan. Anda boleh mengambilnya sendiri di meja yang disediakan. Namun,  jenis air yang diberi berbeza mengikut hari. Sebagai contoh, semasa kunjungan saya di hujung minggu, Dulang Shell out menyediakan air teh (ais diletakkan bersama). 

Harga Shell out Dulang

Untuk kesini tidak lah susah. Ini kerana sekiranya anda memandu anda boleh setkan waze ke Medan Selera Bandar Sri Permaisuri. Manakala, sekiranya anda tidak mempunyai kenderaan sendiri anda boleh menaiki monorel dan turun di stesen Salak Selatan. Dari sini anda perlu berjalan sekitar 5 minit sahaja ke medan selera Medan Selera Bandar Sri Permaisuri.

Dulang Shell Out di Kuala Lumpur Dulang Shell Out di Kuala Lumpur Reviewed by Lah Mohd on 23:53:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.