Pengalaman berkayak di Pulau Perhentian - Nothing to Somethings

Pengalaman berkayak di Pulau Perhentian

Selain snockling, berkayak adalah antara aktiviti wajib di Pulau Perhentian. Namun begitu, mengikut pemerhatian saya aktiviti berkayak jarang dilakukan oleh pelancong tempatan. Buktinya, mejoriti pengguna kayak yang ditemui adalah pelancong asing.

Untuk makluman, berkayak di atas air yang jernih membiru bak kristal semestinya tidak mengecewakan anda. Anda boleh merancang laluan kayak anda sendiri tanpa perlu mengikut perancangan orang lain. Dengan berkayak, anda boleh meneroka pantai-pantai terpencil yang tidak boleh dihubung melalui jalan darat. 

Pulau Perhentian Kecil
Pulau Perhentian Kecil

Ini kerana, pantai terpencil di Perhentian Kecil sangat cantik dan terjaga. Ini mungkin terjadi disebabkan oleh tidak ramai pelancong melawat kawasan tersebut. Selain itu, anda boleh mencipta satu masa privacy bersama pasangan anda. 

Kayak boleh disewa sama ada di Perhentian Kecil atau Perhentian besar. Namun, mengikut pengalaman, saya lebih suka untuk berkayak di Pulau Perhentian Kecil. Ini kerana, dengan saiz pulau yang lebih kecil saya tidak perlu berkayak dalam tempoh yang terlalu lama. Secara purata, harga untuk sehari sewaan kayak adalah sekitar Rm60-rm80 sahaja. Dalam hal ini, kos menyewa kayak boleh berkongsi bersama pasangan kayak anda. 

Bagi anda yang tidak biasa berkayak, aktiviti ini mungkin akan menyebabkan keseluruhan badan anda terasa sakit. Namun, percaya lah, pemandangan dari atas air yang sukar dirakam semasa menaiki bot mampu anda rakamkan. Sekiranya anda ingin melihat sunset di atas air, anda boleh berkayak di kawasan Coral Bay.

Pengalaman berkayak di Pulau Perhentian Pengalaman berkayak di Pulau Perhentian Reviewed by Lah Mohd on 23:39:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.