Panduan sebelum menempah bilik hotel - Nothing to Somethings

Panduan sebelum menempah bilik hotel


Kisah seram, harga yang di tawarkan tidak berbaloi, bilik yang kotor dan tidak selesa antara perkara yang biasa terjadi kepada penyewa bilik. Tidak terkecuali saya sendiri yang pernah alaminya pada tahun 2014 ketika masih baru dalam dunia travel. Secara umumnya, terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada berlakunya salah tempah bilik antaranya tawaran harga yang murah. Jadi sebelum menempah bilik, di sini saya kongsikan beberapa tips yang boleh digunakan untuk mengelakkan berlakunya perkara yang saya nyatakan di atas.


Panduan sebelum menempah bilik hotel

1- Bandingkan harga

Perkara utama yang korang perlu lakukan sebelum menempah bilik adalah bandingkan harga yang ditawarkan. Pastikan harga tersebut sesuai dengan budget korang. Bagi saya, selain dari harga yang murah, keadaan hotel mesti lah selesa dan berdekatan dengan kemudahan awam. Untuk bandingkan harga, korang boleh gunakan beberapa enjin carian seperti Trivago, Booking.com, Agoda dan sebagainya. 

2- Membaca komen /review

Selain bandingkan harga korang perlu membaca komen atau review dari mereka yang pernah menginap. Cuba elakkan menempah hotel yang mempunyai rating dan komen yang teruk. Contohnya bilik kotor atau terlalu kecil, tekanan air yang rendah atau sering mengalami ganguan bekalan air, terlalu bising, harga terlalu mahal, menyeramkan dan sebagainya. 


3- Lokasi tidak terpencil

Elakkan dari menempah hotel atau bilik yang terlalu jauh daripada kawasan tujuan dan tumpuan orang ramai w/pun harga yang ditawarkan murah. Ini bagi mengelakkan korang sukar untuk mendapatkan pengankutan awam (bagi backpackers) atau bantuan sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang tidak terjangka. Selain itu, kedudukan hotel yang terpencil akan menyebabkan masa korang banyak digunakan untuk perjalanan berbanding aktiviti yang korang rancang. Sebolehnya cari lah hotel atau bilik yang berdekatan dengan public transport (sekiranya korang backpackers) dan berdekatan dengan kemudahan awam yang lain seperti jalan utama, kedai dan sebagainya. 


4- Facilities / Kemudahan

Antara perkara yang sering saya tekankan sebelum menyewa bilik adalah aspek kemudahan seperti wifi, katil, pengawasan keselamatan (security), bilik air (sekiranya menyewa hostel) dan sebagainya. Pastikan semua keperluan asas disediakan dan selesa untuk digunakan sebelum korang menyewa. Tapi jangan lah sampai terlalu sempurna sehingga korang perlu membayar lebih semata-mata untuk selesa.


Buat masa ni itu saja tips atau panduan yang boleh saya kongsikan. InsyaAllah dari semasa ke semasa saya akan cuba tambah dan update.


Panduan sebelum menempah bilik hotel Panduan sebelum menempah bilik hotel Reviewed by Lah Mohd on 10:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.