Cara menjadi agent Dropship - Nothing to Somethings

Cara menjadi agent Dropship


Pening fikirkan modal untuk mulakan perniagaan??

Jangan risau kerana sekarang terdapat pelbagai medium untuk anda belajar macam mana untuk mulakan perniagaan. Antaranya dengan menjadi "dropship"


Apa itu Dropship?

Dropship adalah singkatan kepda dropshipper. Antara tugas agen dropship adalam mempromosikan produk dan mengambil tempahan. Anda  akan memperolehi untung berdasarkan kepada perbezaan harga sebenar (harga jualan) dengan harga suplier (harga agen). Dengan menjadi dropship anda tidak perlu menyimpan apa-apa stok dan tidak perlu sebarang modal kecuali yuran keahlian seumur hidup. Tapi yuran keahlian tidak lah mahal, ada berharga RM20, RM30 dan sebagainya.

Sekiranya anda masih baru dan tidak berpengalaman, jangan risau kerana kebiasanya semua bahan iklan telah disediakan. Anda hanya perlu menggunakanya sahaja. Group support juga disediakan untuk membantu anda. Contoh dropship adalah seperti SimpleHijab


Cara untuk menjadi dropship

Langkah Pertama
Untuk menjadi agent dropship SimpleHijap anda perlu login ke page SimpleHijab "Click di Sini". Page seperti di bawah akan terhasil. Click register untuk mendaftar.


Langkah Kedua
Setelah anda klik "register", tab dibawah akan terbuka. Untuk menjadi ahli anda perlu isikan maklumat anda di bahagian "I'm new user". Pastikananda isi semua maklumat dengan betul dan gunakan emel yang paling aktif.

Selesai isi jangn lupa tekan submit ye, hehehehhehe:) :) :)


Langkah Ketiga
Selesai register anda perlu buka emel. anda akan terima satu emel pengesahan dari SimpleHijab. Klik link yang diberikan untuk aktifkan akaun anda.

Langkah Keempat 
Lakukan "Log In" untuk kemaskini maklumat anda seperti maklumat bank dan lain-lain. Untuk menjadi agent dropship Klik dashboard dan klik request. Ikut step yang di arahkan.

Selesai

Sekarang apa tunggu lagi, lakukan promosi.. Semakin Cepat anda lakukan, Semakin cepat anda terima komisen..

Semoga Berjaya..



Cara menjadi agent Dropship Cara menjadi agent Dropship Reviewed by Lah Mohd on 21:29:00 Rating: 5

2 comments:

  1. mcm mana nak jadikan orang lain sebagai dropship untuk bisnes sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk jadikan orang lain sbg dropship, tuan sendiri yang perlu iklankan produk tuan dan tuan sedang mencari agent dropship

      Delete

Powered by Blogger.