Cara masak Lala air asam - Nothing to Somethings

Cara masak Lala air asam

Lala air asam
Lala air asam

Bahan untuk masak Lala air asam:

  • 500 gram lala
  • 1 tangkai akar ketumbar
  • 5 biji cili padi
  • 2 biji limau nipis (perahan jus)
  • 2 sudu besar sos ikan 
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 biji tomato (dihiris nipis)
  • Daun ketumbar (dihiris halus)
  • Gula
  • Garam
  • Air

Cara masak Lala air asam:

  1. Panaskan sedikit air. Masukkan serai dan daun limau purut. Masukkan lala dalam 5 minit sehingga masak (pastikan guna air dalam kuantiti sedikit sahaja kerana lala akan mengeluarkan air)
  2. Angkat, tos dan ketepikan.
  3. Tumbuk bawang putih, akar ketumbar dan cili padi sehingga hancur.
  4. Masukkan bahan yang ditumbuk tersebut ke dalam bekas. Masukkan 2 sudu besar sos ikan.
  5. Perahkan jus limau nipis, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Gaul rata. 
  6. Masukkan hirisan tomato dan hirisan daun ketumbar. 
  7. Masukkan lala yang telah ditoskan. Gaul rata.
  8. Siap untuk dihidangkan. 
Note:

Menu cadangan sesuai untuk 2-3 orang makan

Cara masak Lala air asam Cara masak Lala air asam Reviewed by Lah Mohd on 12:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.