Cara masak tauge goreng - Nothing to Somethings

Cara masak tauge goreng

Tauge goreng
Tauge goreng

Bahan untuk masak tauge goreng:

  • 3 genggam tauge 
  • 1/2 batang lobak merah (dihiris nipis) 
  • 1 ulas bawang putih (dihiris nipis/ diketuk)
  • 1 ulas bawang merah (dihiris nipis)
  • 1 biji cili besar (dihiris nipis)
  • 1 biji telur
  • Minyak masak 
  •  2 sudu besar sos tiram
  • Garam 
  • Gula
  • Air 

Cara masak tauge goreng:

1) Panaskan kuali. Masukkan minyak masak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan/ naik bau
2) Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kacau seketika
3) Masukkan lobak merah. Kacau sehingga masak
4) Pecahkan telur, masukkan garam dan gula. Kacau sehingga rata
5) Masukkan tauge dan cili besar. Kacau sehingga masak (elakkan masak terlalu lama kerana tauge mudah kecut/layu)
6) Sedia untuk dihidang

Note:
Cadangan menu sesuai untuk hidangan 3-4 orang
Cara masak tauge goreng Cara masak tauge goreng Reviewed by Lah Mohd on 07:30:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.