Snorkeling di Pulau Perhentian - Nothing to Somethings

Snorkeling di Pulau Perhentian

Snorkeling merupakan aktiviti wajib di pulau. Tidak kiralah anda ke Pulau Perhentian atau ke tempat lain. Ini kerana, setiap lokasi mempunyai keunikkannya yang tersendiri dan mungkin tiada di tempat lain. Meskipun spesis hidupan di tempat tersebut sama, namum struktur batu karang dan warna hidupan laut mungkin sedikit berbeza bergantung kepada faktor persekitaran. 

Pulau Perhentian
Penyu di Pulau Perhentian

Sekiranya anda ke Pulau Perhentian, aktiviti snorkeling seharusnya menjadi pilihan. Tidak lengkap rasanya ke Pulau perhentian tanpa melakukan aktiviti ini. Sekiranya anda ke Pulau Perhentian dengan menggunakan agent pelancongan, snorkeling kebiasannya telah termasuk di dalam pakej yang ditawarkan. 

Namun, sekiranya anda ke Pulau Perhentian tanpa menggunakan khidmat agent pelancongan, anda tidak perlu risau. Ini kerana, terdapat banyak pihak yang menawarkan pekej snorkeling. Pakej ini boleh dibeli di sepanjang pantai di Pulau Perhentian. 

Pakej yang ditawarkan pula berbeza-beza bergantung kepada jumlah lokasi anda snorkeling. Semakin banyak lokasi, semakin tinggi harganya. Secara purata harga yang ditawarkan bermula sekitar RM40 sahaja. 

Antara lokasi yang biasa menjadi tarikan semasa snorkeling (1) Shark point (2) Turtle point dan (3) Coral garden. Manakala, semasa waktu makan tengah hari, kebiasaanya anda akan dibawa ke Fisherman village. Di sini terdapat banyak pilihan makanan yang boleh anda cuba dengan perbelanjaan anda sendiri. 

Snorkeling di Pulau Perhentian Snorkeling di Pulau Perhentian Reviewed by Lah Mohd on 15:43:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.