Cara Guna GrabCar di Luar Negara - Nothing to Somethings

Cara Guna GrabCar di Luar Negara

Boleh ke guna GrabCar di Luar negara?
Sama ke GrabCar Malaysia dan luar negara?
Macam mana ya nak guna GrabCar di luar negara?
Selamat ke guna GrabCar di luar negara?


Itu antara persoalan yang biasanya bermain di fikiran kita apabila ingin menggunakan GrabCar di luar negara. Tidak terkecuali saya sendiri. Namun, selepas menggunakannya sendiri, kini saya lebih yakin untuk menggunakan GrabCar.

Ini kerana GrabCar adalah lebih murah dan selamat untuk digunakan jika dibandingkan dengan taksi bermeter. Kadar caj taksi bermeter pula sentiasa berubah mengikut laluan yang digunakan oleh pemandu.

Namun, sekiranya korang menggunakan GrabCar, harganya sama seperti ditunjukkan semasa membuat tempahan. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko korang ditipu meskipun pemandu menggunakan laluan yang jauh.

Untuk makluman, korang boleh menggunakan GrabCar di luar negara dengan menggunakan apps yang sama korang gunakan di Malaysia. Fungsinya sedikit pun tidak berbeza.

Jika korang biasa menggunakan GrabCar di Malaysia, saya percaya korang mampu untuk menggunakan GrabCar di luar negara. 

Untuk mengetahui sama ada negara tersebut menawarkan perkhidmatan GrabCar ataupun tidak, korang hanya perlu buka Apps GrabCar dan lihat sama ada terdapat kereta atau sebaliknya. Sekiranya terdapar kereta di sekitar korang, ini bermakna negara tersebut ada menawarkan perkhidmatan GrabCar.

Namun begitu, seperti juga di Malaysia, korang juga perlu berwaspada dan berhati-hati sekiranya ingin menggunakan pengankutan awam di lewat malam. Sebolehnya elakkan daripada menggunakan pengangkutan awam (kecuali bas dan train). Ini kerana, terdapat pelbagai risiko yang tidak dijangka kecuali sekiranya korang yakin negara tersebut selamat untuk berbuat demikian.

Bagi yang pertama kali ingin menggunakan GrabCar, korang boleh klik pautan ini, Cara menggunakan GrabCar di Malaysia.

Selamat bercuti..

Cara Guna GrabCar di Luar Negara Cara Guna GrabCar di Luar Negara Reviewed by Lah Mohd on 13:56:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.