Cara semak hak milik tanah di negeri Terengganu - Nothing to Somethings

Cara semak hak milik tanah di negeri Terengganu

Cara semak hak milik tanah di negeri Terengganu?

Bagi anda yang ingin membeli tanah baharu sudah semestinya status semasa hak milik tanah perlu diketahui. Ini bagi memastikan risiko ditipu oleh penjual dapat dielakkan. Sebagai contoh, dengan membuat semakan anda dapat mengetahui jumlah bahagian yang dimiliki untuk dijual (jika tanah mempunyai banyak penama), status bayaran cukai tanah dan sebagainya. Untuk makluman, selain daripada mendapatkan maklumat di Pejabat Tanah Daerah, anda juga boleh mendapatkan maklumat awal berkaitan status hak milik tanah secara online. 

Secara umumnya, jika anda ingin membuat semakan status hak milik tanah di Pejabat Tanah, anda perlu membuat cabutan dan dikenakan sedikit bayaran. Namun, dengan berkembangnya teknologi, kini semakan hak milik tanah boleh dilakukan secara online sahaja. Lebih menarik, ianya adalah percuma dan boleh dilakukan dengan menggunakan telefon pintar anda sahaja. 

Untuk membuat semakan hak milik tanah di negeri Terengganu secara online, caranya cukup mudah. Bagi membantu anda berikut saya kongsikan caranya.


Cara semak hak milik tanah di Negeri Terengganu

1- Buka website Pejabat Tanah dan Galian Negeri Terengganu

Di laman utama, pada sebelah kanan pilih kategori 'awam'. (Rujuk gambar dibawah - Tulisan di tanda warna kuning)
Sumber: Pejabat pengarah tanah dan galian Terengganu, 2023


2- Carian hak milik tanah

Selepas anda klik 'Semakan cukai tanah', paparan dibawah akan terhasil. Untuk membuat semakan hak milik, anda hanya perlu masukkan maklumat seperti yang diminta, antaranya:
i- Daerah
ii- Mukim/ Bandar/ Pekan
iii- Jenis hak milik (jenis geran, contoh geran kekal, geran mukim dan lain-lain)
iv- No. hak milik (No geran) 

Sumber: Pejabat pengarah tanah dan galian Terengganu, 2023

Selepas anda masukkan maklumat yang diperlukan, klik 'cari'. Jika maklumat yang dimasukkan adalah betul, maka paparan maklumat berkait hak milik tanah akan dipaparkan. Antara maklumat yang akan dipaparkan melalui carian ini adalah seperti:
i- Nama pemilik
ii- No kad pengenalan
iii- Jumlah bahagian yang dimiliki
iv- Jumlah cukai tanah dan status bayaran
v- No lot dan lain-lain

Untuk makluman anda juga, selain daripada membuat semakan hak milik tanah, laman web ini juga menyediakan kemudahan untuk anda membuat semakan status bayaran cukai tanah yang mana selepas mengetahui status bayaran anda boleh meneruskan proses bayaran cukai anda melalui JomPay. 


Cara semak hak milik tanah di negeri Terengganu Cara semak hak milik tanah di negeri Terengganu Reviewed by Lah Mohd on 21:20:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.