Cara masak Ayam Masak Padprik - Nothing to Somethings

Cara masak Ayam Masak Padprik

Bahan untuk masak Ayam Masak Padprik

  • Potongan ayam
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang holand - dihiris
  • 2 inci halia
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 batang serai - diketuk
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Garam 
  • Cukup rasa Maggi
  • Jagung muda (juga boleh ditukar kepada sayur lain)
  • Cili padi
  • Sedikit air
  • Cili giling 



Cara penyediaan Ayam Masak Padprik

1- Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, halia, cili padi dan serai sehingga wangi

2- Masukkan cili giling yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.

3- Masukkan ayam. Gaul rata dan biarkan seketika.

4- Masukkan sos cili, kicap, sos tiram, garam dan perasa secukupnya. Gaul hingga rata.

5- Masukkan hirisan bawang, jagung muda, daun limau purut dan sedikit air. Gaul dan biarkan seketika sehingga masak.

6-  Sedia untuk dihidang.


Selamat Mencuba...



Cara masak Ayam Masak Padprik Cara masak Ayam Masak Padprik Reviewed by Lah Mohd on 11:48:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.